Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

PENAHAN SAKIT

PENAHAN SAKIT (Analgesik) Sakit merupakan cara alam memberitahu kita bahawa sesuatu adalah silap supaya kita dapat mengundur atau mengelak daripada punca sakit. Ubat penahan sakit adalah ubat yang menurun atau memberhentikan sensasi sakit, tetapi ia tidak menghentikan punca sakit. Impuls sakit diterima oleh penghujung saraf dan dihantar ke otak di mana ia ditafsirkan sebagai "sakit". Pada tapak kecederaan, bahan kimia seperti prostaglandin dibebaskan dan ini menyebabkan kemerahan dan pembengkakkan. Cara Tindak Ubat Ubat mengurangkan sakit menerusi pelbagai cara       v   Tindakan pada tapak kecederaan, pada serat sakit, untuk menghentikan utusan sakit         dari dihantar ke otak, contohnya aspirin dan paracetamol      v   Tindakan di otak  untuk menghalang pengenalpastian ustusan sakit , contohnya kodein.      v   Tindakan untuk menghentikan pembentukkan prostaglandin dan mengurangkan         keradangan, contohnya ubat anti-keradangan seperti ibuprofen, na

OZONE THERAPY

RAWATAN OZONE Ozon dikenalpasti sebagai satu terapi perubatan yang amat selamat tanpa kesan sampingan. Selain digunakan untuk mengubati penyakit, terapi ini amat berguna untuk tujuan pencegahan pelbagai penyakit Ozon sangat berkesan merawat penyakit kardiovaskular dan penyakit serebrovaskular. Dia amat berkesan dan segera melancarkan perjalanan darah ke otak. Sangat berkesan untuk pesakit yang mengalami angin akhmar, pendarahan otak atau stroke. Ozon digunakan bagi tujuan rejuvenasi dan anti penuaan. Selain menyumbang kepada pemulihan hormon-hormon yang tidak seimbang. Pesakit kanser, tumor mungkin tidak perlu melalui pembedahan besar, radioterapi atau kemoterapi. Penggunaan ozon dalam rawatan adalah tidak merbahaya, tidak menyakitkan dan tiada risiko jangkitan kerana seluruh proses adalah sterile. STROKE / ANGIN AHMAR Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Baha

MULAS PERUT BAYI

MULAS PERUT BAYI Keadaan ini pada bayi adalah lebih dikenali sebagai mulas perut (kolik) 3 bulan. Keadaan ini pada umumnya berlaku selepas minggu ketiga kelahiran dan hilang selepas bulan yang ketiga. Bayi akan menangis tanpa berhenti , biasanya pada waktu petang, selama satu hinga tiga jam. Punca-punca Punca sebenar adalah tidak diketahui. Ia dianggap disebabkan oleh :- v  Kekejangan usus disebabkan oleh angin yang terperangkap.   v  Ibu atau bayi yang gelisah.   v  Ketidakhadaman.   v  Alahan kepada makanan.   v  Ketidaktoleransian laktosa.  Apa yang boleh dilakukan oleh anda v   Pikul dan peluk bayi v   Alihkan perhatrian bayi, dengan menukar lampin atau memandikan bayi. v   Telangkupkan bayi supaya bayi tidur dengan perutnya dibawah dan gosok belakangnya     dengan lembut. v   Berikan haba pada bahagian perut menggunakan tuala yang suam. v   Semasa pemberian susu dengan botol susu, pastikan bayi tidak menyedut udara. v   Sedawakan bayi selepas menyusu.

ASHMA / LELAH

LELAH Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu.  Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit. Faktor-faktor Pencetus v  Habuk di rumah dan  hama. v  Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing. v  Jangkitan pada salur pernafasan atas. v  Senaman. v  Angin yang sejuk. v  Menghidu produk berminyak wangi. v  Ketawa. v  Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia. v  Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin     dll. v  Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-b

PENYAKIT KENCING MANIS

PENYAKIT KENCING MANIS Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai  diabetes mellitus . Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati. Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada: Diabetes Primer Jenis I (IDDM)  Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada

KEMERAHAN MATA

KEMERAHAN MATA Mata menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan  yang menyelaputi bahagian putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak lagi darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah. Keadaan-keadaan Umum v  Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk, tembakau,     klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari atau     menggosok.   Gejala-gejala - gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa seperti     terdapat pasir. v  Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik, bulu     dari haiwan peliharaaan dll.  Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula     mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam pada     kulit.  v  Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah disebabkan     oleh jangkitan bakteria atau vi