Langkau ke kandungan utama

CIRIT-BIRIT




Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.




 Gejala - gejala

  •  Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  •  Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  •  Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  •  Kehilangan selera makan.
  •  Adakalanya demam.
  •  Adakalanya terasa mual dan muntah.
  •  Sakit otot. 

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.

Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  •  Kehilangan 5-10% berat badan.
  •  Gelisah dan mudah tersinggung.
  •  Mata terbenam.
  •  Ketidakhadiran air mata.
  •  Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  •  Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  •  Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  •  Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
  •  Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  •  Mata adalah terlalu terbenam.
  •  Ketidakhadiran airmata.
  •  Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  •  Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  •  Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil  beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
  •  Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

  •  Meminum air yang tercemar.
  •  Memakan makanan yang tercemar.
  •  intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  •  Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 
  •  Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  •  Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  •  Penyakit-penyakit usus. 
  •  Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
  • jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
  •  Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  •  Kecacatan penyerapan
  •  Selepas pembedahan
  •  Fistula dalaman
  •  Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  •  Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  •  Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  •  Kanser
  •  Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
  •  Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  •  Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu 
  • dan salur gastrousus.
  •  Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract 
  • condition, appendicitis etc.
  •  Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  • Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 


Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

  •  Minum banyak air.
  •  Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  •  Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  •  Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau 
  • pisang yang dimasak.
  •  Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk 
  • dihadam.
  •  Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding 
  • dengan doktor anda.
  •  Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 

Bayi

  •  Teruskan penyusuan bayi.
  •  Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral 
  • selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  •  Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  •  Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  •  Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 


Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

  •  Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  •  Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  •  Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan  tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
  • organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  •  Ingatlah bahawa walaupun cirit-birit dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia  tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  •  Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  •  Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum 
  • menyediakan dan mengendalikan makanan.
  •  Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  •  Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
  •  Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  •  Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  •  Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...