Langkau ke kandungan utama

AYAH TAK NAK DATANG SEBAB TAK PERCAYA!

Salam sejahtera semua. Kali ni kami akan siarkan tentang pengalaman atau kisah seorang lelaki yang telah memujuk ayahnya untuk membuat rawatan di poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan bioptron. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai tauladan untuk semua.


Hai pembaca semua. Pertama sekali saya akan kenalkan diri. Nama saya Ashraf. Jadi saya nak share pengalaman saya dan ayah yang telah datang ke Poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan. Ayah saya berusia 63 tahun dan menghidapi penyakit kencing manis.

Bila mak kata kaki ayah makin teruk, weekend tu saya balik kampung nak tengok keadaan dia. Memang luka ayah nampak makin besar dari yang mak send gambar sebelum ni. Mula-mula nampak kesan lebam kehitaman, tak lama lepas tu dah jadi luka pula. Itu yang saya tak nak tunggu-tunggu lagi. Risau saya kalau kaki dia kena potong nanti. Sudahlah kalau kencing manis ni bila dah luka, laju saja dia merebak. Saya hantar ayah ke hospital dan luka tu dicuci siap dressing.

Esok tu saya ke masjid waktu solat maghrib. Biasanya datang dengan ayah sekali. Tapi bila luka ayah tu dah makin teruk, dia pun tak pergi lagi. Nampak saja wajah saya terjengul di situ, kawan ayah tanya pada saya, kenapa ayah tak datang sekali. Tak sihat ke dia? Dah lama tak datang masjid. Saya ceritalah pasal luka ayah. Dia pun tanya, saya ada hantar ke hospital ke? Saya kata sudah. Tapi macam tu sajalah. Selalu kena cuci luka tu. Kalau basah, saya tukar kain yang balut tu. Pakcik tu tanya lagi, saya tak cuba ke hantar dia buat rawatan untuk keringkan luka tu? Saya pelik. Saya tanya dia, ada ke rawatan nak keringkan luka? Setahu saya kalau nak cuci tu ada. Keringkan tu tak tahu pula saya. Dia kata, tahun lepas, dia pun ada luka kencing manis juga. Luka. Dia pergi ke poliklinik dekat Semenyih, anak dia hantarkan. Ada rawatan pakai cahaya katanya.

Kalau kata poliklinik saja, mana saya nak cari satu-satu poliklinik yang ada rawatan tu di Semenyih. Pergi sana pun saya tak pernah. Apa nama rawatan dia lagilah saya tak tahu. Pakcik tu kata, nanti dia balik dia tanyakan dekat anak dia semula. Dia nak menyebut pun lupa dah.

Balik tu, saya ceritalah pada ayah pasal rawatan yang kawan dia cakap tadi. Ayah kata dia tak nak buat. Leceh katanya, entah menjadi entah tidak. Pakai cahaya, nak kering apanya. Saya cakap pada dia, apa salahya cuba dulu, mana tahu serasi dengan dia. Keras dia menolak. Esoknya waktu balik solat subuh, pakcik tu bagi nombor telefon dan alamat poliklinik tu, Poliklinik Penawar Semenyih. Nama rawatannya Bioptron. Saya cuba call saja poliklinik walaupun ayah tak mahu. Saya cakap pada ayah, saya dah buat appointment. Dia masih menolak, tapi mak saya pujuk sampailah dia nak ikut saya balik KL. Weekdays saya kerja macam biasa, jadi saya ke kerja, mak saya jaga ayah di rumah. Saya kerja ambil half day dan hantar ayah pada hari Isnin tu.
.


Sampai di sana pun ayah masih nak menolak lagi kata takut sakit kut macam laser. Staf di situ kata tak sakit pun, macam kena cahaya lampu saja. Dia bagi alasan pula tak nak perempuan yang rawat sebab nampak dalam Bioptron centre tu yang ada semua perempuan. Pening juga saya dan mak. Nasiblah mereka ada staf lelaki yang boleh buat rawatan untuk ayah.




Setelah buat rawatan, alhamdulillah keadaan dah jauh lebih baik. Luka yang ada tu pun sudah kering. Cahaya bioptron tu boleh bantu aliran darah, generate pembentukan sel baru untuk gantikan yang dah rosak serta matikan kuman. Ayah pun dah okay dengan rawatan itu. Tak ada lagi complain marah-marah tak nak buat rawatan. Mak pun saya suruh buat juga untuk kaki dia yang sakit-sakit tu alang-alang kami di situ. Lama dah rasa lenguh dan sengal-sengal. Itu pun dah nampak semakin membaik. Mak nak solat pun dah senang, tak macam dulu.

Kepada perawat di Poliklinik Penawar Semenyih, saya ucapkan jutaan terima kasih sebab dah bantu ayah dan mak saya. Saya betul-betul berterima kasih. Lega saya tengok keadaan mak ayah saya sekarang. Taklah risau dengan kesihatan mereka di kampung. Saya hanya mampu doakan awak semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan diberkati Allah atas jasa awak untuk orang lain.

Itulah perkongsian dari Encik Ashraf yang berjaya memujuk ayahnya untuk mencuba rawatan Bioptron di Poliklinik Penawar Semenyih. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama ataupun sesiapa di sekeliling anda, hubungi saja kami. In sha Allah kami akan membantu anda :)


Jika berminat, hubungi kami di link:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484


Catatan popular daripada blog ini

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

luka kini sembuh dalam masa yang singkat! Alhamdulillah ...

  DOKTOR JANGKA ENAM BULAN BARU SEMBUH, TAPI ALHAMDULILLAH DALAM SEBULAN SAJA LUKAA SAYA SUDAH TERTUTUP DAN HAMPIR KERING SEPENUHNYA! sebelum rawatan cahaya bioptron selama sebulan rawatan  cahaya bioptron dilakukan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Poliklinik Penawar Semenyih nak kongsikan pula kepada anda tentang seorang pesakit kami yang telah menjalani rawatan bioptron selama lebih kurang sebulan di sini. . Beliau bernama Encik Amir dan beliau membuat rawatan di sini setelah menjalani pembedahan di belakang tengkuknya. Beliau membuat rawatan di sini atas saranan anaknya. . Pada awalnya, beliau mendapati di bahagian belakang tengkuknya terdapat biji-biji kecil. Boleh dikatakan ianya adalah seperti bisul. Dan para perawat mendapati bisul itu sebenarnya telah pun merebak dan perlu dibuang segera. . Beliau telah ditempatkan di bahagian ICU dan setelah keluar daripada wad, beliau terus mendapatkan rawatan di Bioptron Centre Poliklinik Penawar Semenyih. Segal...

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

  SETELAH 5 TAHUN GEMUK SEKARANG  LANGSING JELITA DENGAN RAWATAN DI  POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH PROGRAM SLIMMING adalah merupakan satu program penurunan berat badan berkesan yang diformulasikan oleh Dr Rushmini Maris Ismail. Program ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti degil atau Resistance Obesiti. APAKAH YANG DI MAKSUDKAN RESISTANCE OBESITI? Resistance obesiti berlaku pada mereka yang telah berdiet secara mengurangkan makan dan bersenam melebihi 2 tahun tetapi tetap gagal menurunkan berat badan mereka. Lihat bagaimana formula unik kami memberikan kesan menakjubkan hanya dalam 14 hari. LIHAT VIDEO FARAH DI BAWAH Nama saya Farah berumur 28 tahun, berkerja sebagai Kerani di Syarikat Honda. Saya merupakan ibu kepada 3 orang anak.Berat badan saya naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga. Orang sekeliling menyangka saya hamil kerana perut saya sangat buncit . Pada masa tu saya rasa down gila. Bayangkan anak ketiga saya baru saja 3 bulan. saya rasa m...