Langkau ke kandungan utama

5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG



SAYANGI JANTUNG ANDA! 

Percayakah anda? Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.


1. KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT


Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL


Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.

3. AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG


Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4. KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
                                   
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Minumlah Anlene Heart-Plus™ setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet seimbang anda. Anlene dirumus khas dengan kebaikan susu dan nutrien-nutrien penting untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.

5. PENGURUSAN STRES


Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.

ANDA ADA MASALAH KESIHATAN? DATANGLAH KE POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH UNTUK MEMERIKSA TAHAP KESIHATAN ANDA! HUBUNGI KAMI DI TALIAN BAWAH INI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN .


LIHAT VIDEO DI BAWAH INI UNTUK INFO MENGENAI JANTUNG 










Catatan popular daripada blog ini

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

PEMAKANAN SIHAT

  PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI! Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.                          “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat                     KEBAIKAN PEMAKANAN SEIMBANG 1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna. Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendap...