Langkau ke kandungan utama

CARA MERAWAT LUKA

 ADA LUKA, TAK TAHU CARA NAK MERAWAT ? MEH SAYA KONGSIKAN 

5 Cara Terbaik Untuk Merawat Luka Diabetes Dengan Pantas :-

 

Pernah Dengar Tak Tentang Luka Diabetes? Pernah Dengar Kan Orang Kata Luka Orang Diabetes Lambat Sembuh. Dengan Luka yang lambat Sembuh Ditambah Pula Dengan Penjagaan yang tidak betul menyebabkan Luka tersebut bertambah teruk.


Apabila Luka menjadi semakin Teruk akhirnya membawa kepada Pembuangan Jari (Ray’s Amputation). Menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College London pada tahun 2008, mereka yang mengalami diabetes mempunyai risiko 10 hingga 30 kali ganda berbanding dengan populasi umum untuk melalui prosedur amputasi kaki (potong kaki). Apa yang lebih menakutkan lagi, 20 hingga 50% daripada jumlah tersebut memerlukan amputasi kaki yang kedua dalam tempoh 1 ke 3 tahun.


Dalam Post ini, Kami akan kongsikan bagaimana anda boleh merawat luka anda dengan pantas dan mengurangkan risiko daripada amputasi.


Punca utama kenapa luka Diabetes lambat sembuh :-

 

1) Kadar Gula Dalam Darah Yang Tinggi
Kadar gula dalam darah yang tinggi boleh menghalang oksigen dan nutrisi daripada diambil oleh sel, merencatkan sistem imuniti badan dan meningkatkan keradangan di dalam badan.

2) Masalah Neuropati
Mereka yang mempunyai masalah kerosakan urat saraf periferal akan mengalami kehilangan deria sentuh pada permukaan tapak kaki dan tangan. Ini akan menyebabkan seseorang individu itu tidak perasan akan luka yang terbentuk menyebabkan penjagaannya terabai.

3) Sistem pengaliran darah yang tidak lancar
Ia merupakan keadaan di mana salur darah anda menjadi sempit menyebabkan aliran darah ke bahagian tertentu berkurangan. Ia boleh mempercepatkan kerosakan saraf periferal dan menyebabkan pembentukan ulser di kaki.

4) Kerencatan sistem imun
Pesakit kencing manis mempunyai masalah dengan pengaktifan sistem imun. Ini akan menyebabkan sel-sel yang bertanggungjawab dalam memastikan luka cepat sembuh menurun. Akibatnya luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan risiko untuk mendapat jangkitan meningkat.

5) Jangkitan kuman
Kerencatan sistem imun boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan kuman. Badan akan menggunakan sumber yang ada untuk melawan dengan agen jangkitan tersebut dan ini akan menyebabkan luka kencing manis lambat sembuh. Jika jangkitan tersebut dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi seperti sepsis dan gangrene.

Nak dapatkan lebih banyak info berkenaan Rawatan Di Poliklinik Penawar Semenyih, Jom Klik Link Daftar Sekarang Di Bawah:





Catatan popular daripada blog ini

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

luka kini sembuh dalam masa yang singkat! Alhamdulillah ...

  DOKTOR JANGKA ENAM BULAN BARU SEMBUH, TAPI ALHAMDULILLAH DALAM SEBULAN SAJA LUKAA SAYA SUDAH TERTUTUP DAN HAMPIR KERING SEPENUHNYA! sebelum rawatan cahaya bioptron selama sebulan rawatan  cahaya bioptron dilakukan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Poliklinik Penawar Semenyih nak kongsikan pula kepada anda tentang seorang pesakit kami yang telah menjalani rawatan bioptron selama lebih kurang sebulan di sini. . Beliau bernama Encik Amir dan beliau membuat rawatan di sini setelah menjalani pembedahan di belakang tengkuknya. Beliau membuat rawatan di sini atas saranan anaknya. . Pada awalnya, beliau mendapati di bahagian belakang tengkuknya terdapat biji-biji kecil. Boleh dikatakan ianya adalah seperti bisul. Dan para perawat mendapati bisul itu sebenarnya telah pun merebak dan perlu dibuang segera. . Beliau telah ditempatkan di bahagian ICU dan setelah keluar daripada wad, beliau terus mendapatkan rawatan di Bioptron Centre Poliklinik Penawar Semenyih. Segal...

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

  SETELAH 5 TAHUN GEMUK SEKARANG  LANGSING JELITA DENGAN RAWATAN DI  POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH PROGRAM SLIMMING adalah merupakan satu program penurunan berat badan berkesan yang diformulasikan oleh Dr Rushmini Maris Ismail. Program ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti degil atau Resistance Obesiti. APAKAH YANG DI MAKSUDKAN RESISTANCE OBESITI? Resistance obesiti berlaku pada mereka yang telah berdiet secara mengurangkan makan dan bersenam melebihi 2 tahun tetapi tetap gagal menurunkan berat badan mereka. Lihat bagaimana formula unik kami memberikan kesan menakjubkan hanya dalam 14 hari. LIHAT VIDEO FARAH DI BAWAH Nama saya Farah berumur 28 tahun, berkerja sebagai Kerani di Syarikat Honda. Saya merupakan ibu kepada 3 orang anak.Berat badan saya naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga. Orang sekeliling menyangka saya hamil kerana perut saya sangat buncit . Pada masa tu saya rasa down gila. Bayangkan anak ketiga saya baru saja 3 bulan. saya rasa m...