Isnin, 10 November 2014

Kanser Paru-paru

Pengenalan

Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.
  • Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.
  • Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik.
Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan kanser paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor metastasis adalah malignan. Ini bermakna ia merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di sekelilingnnya dan boleh merebak ke seluruh badan.
Epidemiologi
Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2007 secara keseluruhan, ia adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di kalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dan adalah di tempat kelima di kalangan wanita. Sebanyak 2948 kanser paru-paru telah dilapurkan pada tahun 2006 (1445 di kalangan lelaki dan 603 di kalangan wanita). Walaupun kadar hidup setelah di diagnosa dengan kanser paru-paru pada peringkat awal adalah 49% tetapi, hanya lebih kurang 2% sahaja pengidap kanser paru-paru yang telah merebak ke bahagian lain di dalam badan masih hidup setelah 5 tahun.
Jenis Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:
  1. “Non-small cell lung cancer” (NSCLC) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
    • Adenocarcinoma (30-40%)
    • Squamous cell carcinoma (30%)
    • Large cell cancer (10%)
  2. Small cell lung cancer” (SCLC) (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak secara sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.

    Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid tumor” dan“lymphoma” (5%)
Penyebab Kanser Paru-Paru
Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.
  • Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
  • Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
  • Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok.
  • Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.
Sebab-sebab lain kanser paru-paru ialah:
  • Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
  • Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda. “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
  • Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
  • Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
  • Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik dan eter juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.
Apakah Simptom Kanser Paru-Paru?
Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kanser paru-paru termasuk:
  • Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami batuk yang kronik akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala penting.
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas panjang.
  • Nafas berbunyi.
  • Sesak nafas.
  • Suara serak.
  • Batuk berdarah.
  • Bengkak di bahagain leher atau muka.
  • Hilang selera makan dan badan susut.
  • Berasa terlalu letih dan lemah
  • Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
  • Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.
Bilakah masa untuk berjumpa doktor?
Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila perkara-perkara berikut berlaku:
  • Terdapat simptom kanser paru-paru
  • Batuk atau batuk yang berubah
  • Batuk bercampur darah atau batuk berdarah
  • Susut berat badan
  • Berasa terlalu letih
  • Badan berasa sakit dan punca tidak diketahui
Pergi berjumpa doktor dengan kadar segera jika:
  • Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak
  • Sesak nafas secara tiba-tiba
  • Sakit dada yang tidak hilang
  • Lumpuh secara tiba-tiba
  • Kabur penglihatan secara tiba-tiba
Diagnosa Kanser Paru-Paru
Setelah mendapatkan simptom dan mendapatkan riwayat, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian-ujian akan dijalankan untuk memastikan diagnosa dan juga untuk mengenalpasti komplikasi-komplikasi yang terdapat
Ujian-ujian itu adalah seperti berikut iaitu pemeriksaan:
  • Darah
  • Kahak
  • X-ray dada –tidak semua yang abnormal di dalam x-ray dada adalah kanser, misalnya parut, jangkitan kuman dan pengumpulan kalsium
  • Scan bahagian dada (thorax) – ujian ini boleh melihat paru-paru secara tiga dimensi, ia juga boleh mengukur saiz kanser selain dari itu ia boleh mengesan penularan kanser ke organ-organ lain seterusnya memberi gambaran tahap atau stage kanser paru-paru
  • Bronkoskopi adalah satu prosidur di mana satu tiub fleksible di mana di hujungnya terdapat sebuah lampu yang disambung ke sebuah kamera. Ini membolehkan doktor melihat di dalam saluran pernafasan dan jika terdapat sesuatu bonggol atau tumbuh, ia akan dibiopsi untuk mengenalpasti jenis sel kanser paru-paru
  • Pleuroskopi – Ini adalah satu prosidur yang dilakukan apabila terdapat cecair berlebihan dalam selaput paru-paru yang boleh disebabkan oleh kanser paru-paru, samada primari atau metastatic. Pleuroskop adalah satu tiub dan di hujungnya terdapat lampu disambungkan ke kamera. Selain daripada mengeluarkan cecair belebihan untuk dihantar ujian, biopsi juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti jenis sel kanser.
  • Positron Emission Tomography” (PET) scan dilakukan bukan sahaja untuk mengelpasti kanser tetapi boleh mengesan metastasis.
  • Imbasan tulang sekarang jarang dilakukan setelah adanya ujian-ujian lain seperti di atas.
  • Mediastinskopi dahulunya dilakukan untuk mengenalpasti metastas tetapi sekarang jarang dilakukan kerana terdapat ujian-ujian seperti di atas yang kurang invasif.
  • Ujian paru-paru dilakukan untuk mengukur fungsi pernafasan seseorang.
Rawatan Kanser Paru-Paru
Rawatan bergantung kepada:
  1. Jenis kanser
  2. Tahap/”Stage” Kanser
  3. Keadaan fizikal dan fungsi pernafasan seseorang
Rawatan yang selalu digunakan adalah:
  • Pembedahan – untuk kanser peringkat awal
  • Kimoterapi
  • Radioterapi
  • Kemoterapi dan radioterapi
  • Terapi secara target (targeted therapy) untuk kanser paru-paru yang di mana, sel-sel kanser terdapat “epidermal growth factor receptor (EGFR)”. Untuk kanser jenis ini rawatan secara pengubatan diberikan dengan ubatan “tyrosine kinase inbihitor” (TKI).Contoh-contoh ubat ini ialah gefitinib dan erlotinib. Ia akan diambil oleh pesakit secara oral sekali sehari.
  • Paliatif untuk peringkat kanser yang sangat teruk
Rawatan susulan
  • Selepas sesuatu kanser peringkat awal telah dibuang melalui pembedahan, ada risiko untuk kembali selalunya dalam masa dua tahun.
  • Ujian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasi kanser berulang
Rawatan Paliatif
Rawatan paliatif bermaksud rawatan secara medikal atau “nursing care” untuk mengurangkan simtom dan kesengsaraan dan bukanlah rawatan penyembuhan. Oleh kerana hanya sebilangan kecil sahaja pesakit kanser paru-paru dapat sembuh, tujuan utama rawatan adalah untuk melegakan simtom. Rawatan paliataif termasuk:
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Mengurangkan sesak nafas
  • Mengurangkan rasa cemas
  • Memudahkan tidur
  • Rawatan kemurungan
Ini semua dilakukan supaya seseorang pengidap kanser paru-paru boleh menghabiskan sisa-sisa hidup dengan kualiti hidup yang baik dan boleh melakukan perkara-perkara asas seperti bersolat, sedikit riadah ringan supaya ia tidak berasa terasing daripada keluarga dan masyarakat.
Pencegahan Kanser Paru-Paru
Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan adalah tidak terdadah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh menyebabkan kanser juga disarankan.
Rujukan
  1. Kementerian kesihatan Malaysia. Malaysia cancer statistics: data and figure Peninsular Malaysia 2006. [online]. 2006 [cited 2009 Dec 17]; [137 pages]. Available from: URL:http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/report/Cancer/MalaysiaCancerStatistics_2006.pdf
  2. National Cancer Registry Malaysia (Malaysia 2007)
  3. eMedicinehealth

Selasa, 28 Januari 2014

PENAHAN SAKIT



PENAHAN SAKIT
(Analgesik)

Sakit merupakan cara alam memberitahu kita bahawa sesuatu adalah silap supaya kita dapat mengundur atau mengelak daripada punca sakit. Ubat penahan sakit adalah ubat yang menurun atau memberhentikan sensasi sakit, tetapi ia tidak menghentikan punca sakit. Impuls sakit diterima oleh penghujung saraf dan dihantar ke otak di mana ia ditafsirkan sebagai "sakit". Pada tapak kecederaan, bahan kimia seperti prostaglandin dibebaskan dan ini menyebabkan kemerahan dan pembengkakkan.

Cara Tindak Ubat

Ubat mengurangkan sakit menerusi pelbagai cara 
    v Tindakan pada tapak kecederaan, pada serat sakit, untuk menghentikan utusan sakit
        dari dihantar ke otak, contohnya aspirin dan paracetamol

    v Tindakan di otak  untuk menghalang pengenalpastian ustusan sakit , contohnya kodein.
    v Tindakan untuk menghentikan pembentukkan prostaglandin dan mengurangkan
        keradangan, contohnya ubat anti-keradangan seperti ibuprofen, naproxen.

Punca-Punca

v Faktor-faktor fizikal -contohnya cedera, jatuh, lecur atau penyakit
v Faktor-faktor emosi - pada masa kini, stres merupakan faktor penting.

Ubat-ubatan

Bergantung kepada jenis kecedaraan yang menyebabkan sakit, ubat-ubat yang berlainan boleh digunakan.

Aspirin

v Biasanya digunakan untuk melegakan rasa sakit yang minor, contohnya sakit pada sendi-
    sendi dan sakit kepala.

v Mengurangkan keradangan dan suhu tinggi badan.
v Mengurangkan keradangan pada bahagian yang tergeliat
v Mengurangkan senggugut.
v Mencairkan darah - Aspirin pada dos rendah boleh mengelakkan pembekuan darah.
v Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.

Kodein

v Digunakan secara sendirian atau dikombinasi dengan aspirin.
v Digunakan dalam campuran ubat batuk untuk menghentikan batuk.
v Boleh menyebabkan mengantuk.
v Jika diambil lebih kerap, boleh menyebabkan sembelit.

Parasetamol

v Mengurangkan demam.
v Melegakan rasa sakit yang minor.
v Pada dos yang disyorkan, ia adalah sesuai untuk kanak-kanak.

NSAIDS

Ini dalah ubat yang dipanggil "Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs" - Ubat Anti-Keradangan Bukan Steroid. Ia harus diambil dengan penyeliaan yang betul dan nasihat doktor kerana terdapat kesan samping seperti penerukan gastritis dan pendarahan ulser. Ia adalah ubat yang kuat yang mempunyai kesan anti-keradangan dan kelegaan pada rasa sakit. Ubat ini juga memberikan kelegaan yang signifikan untuk sakit semasa haid.

Rawatan Kombinasi

Ubat penahan sakit kadang kala digunakan dengan kombinasi ubat-ubatan yang lain bagi merawat keadaan- keadaan yang berkaitan. Misalannya, ia digunakan dengan kombinasi rawatan batuk dan selsema untuk melegakan rasa sakit yang dikaitkan dengan batuk dan selsema.

Elakkan Dari

v Mengambil ubat penahan sakit melebihi 2 atau 3 hari secara berterusan tanpa berjumpa
    dengan seorang doktor.

v Keadaan yang boleh menyebabkan atau menerukkan rasa sakit ataupun stress.
v Mengambil ubat penahan sakit sahaja sehingga rehat diabaikan, dan meneruskan kerja
    atau terus bermain selepas kecederaan semasa bersukan.

v Terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit. Adalah perlu untuk mengenalpasti dan
    merawat punca berlakunya sakit.

v Mengambil lebih dari sejenis ubat penahan sakit pada satu masa, kecuali dengan arahan
    yang disyorkan atau yang dipreskripsi oleh professional kesihatan. Misalannya
    pengambilan aspirin dan parasetamol

v Membeli dan menyimpan bilangan ubat penahan sakit yang banyak, kerana ia boleh rosak.
    Ubat haruslah dibuang walaupun jika terdapat hanya sedikit bau cuka atau warnanya
    menjadi pudar.

Tabiat Baru

v Periksa senarai kandungan semua ubat yang dibeli supaya anda tidak mengambil ubat
    yang sama dalam persediaan yang berlainan. Tanya pegawai farmasi anda jika anda ada
    sebarang kemusykilan. 

v Semua ubat haruslah disimpan menjauhi kanak-kanak.

OZONE THERAPY

RAWATAN OZONE

Ozon dikenalpasti sebagai satu terapi perubatan yang amat selamat tanpa kesan sampingan.
Selain digunakan untuk mengubati penyakit, terapi ini amat berguna untuk tujuan pencegahan pelbagai penyakit

Ozon sangat berkesan merawat penyakit kardiovaskular dan penyakit serebrovaskular. Dia amat berkesan dan segera melancarkan perjalanan darah ke otak. Sangat berkesan untuk pesakit yang mengalami angin akhmar, pendarahan otak atau stroke.

Ozon digunakan bagi tujuan rejuvenasi dan anti penuaan. Selain menyumbang kepada pemulihan hormon-hormon yang tidak seimbang. Pesakit kanser, tumor mungkin tidak perlu melalui pembedahan besar, radioterapi atau kemoterapi.

Penggunaan ozon dalam rawatan adalah tidak merbahaya, tidak menyakitkan dan tiada risiko jangkitan kerana seluruh proses adalah sterile.

STROKE / ANGIN AHMAR
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.



Rawatan Ozon adalah satu kaedah perubatan moden yang paling sesuai untuk mengubati dan mencegah penyakit angin ahmar.



MACHINE
BLOOD FILTER
BLOOD BEFORE AND AFTER THERAPY
BLOOD
MACHINE
TOCSIN AND URIC ASID
TOCSIN AND URIC ASID
TOCSIN AND URIC ASID

MULAS PERUT BAYI


Mulas  Perut Bayi


MULAS PERUT BAYI

Keadaan ini pada bayi adalah lebih dikenali sebagai mulas perut (kolik) 3 bulan. Keadaan ini pada umumnya berlaku selepas minggu ketiga kelahiran dan hilang selepas bulan yang ketiga. Bayi akan menangis tanpa berhenti , biasanya pada waktu petang, selama satu hinga tiga jam.

Punca-punca
Punca sebenar adalah tidak diketahui. Ia dianggap disebabkan oleh :-
v Kekejangan usus disebabkan oleh angin yang terperangkap. 
v Ibu atau bayi yang gelisah. 
v Ketidakhadaman. 
v Alahan kepada makanan. 
v Ketidaktoleransian laktosa. 

Apa yang boleh dilakukan oleh anda

v Pikul dan peluk bayi
v Alihkan perhatrian bayi, dengan menukar lampin atau memandikan bayi.
v Telangkupkan bayi supaya bayi tidur dengan perutnya dibawah dan gosok belakangnya
    dengan lembut.

v Berikan haba pada bahagian perut menggunakan tuala yang suam.
v Semasa pemberian susu dengan botol susu, pastikan bayi tidak menyedut udara.
v Sedawakan bayi selepas menyusu.
v Tenangkan bayi dengan memainkan muzik.

Penting

Runding dengan doktor anda jika-jika mana-mana yang berikut hadir : -
v Terdapat darah dalam najis bayi. 
v Darah atau hempedu berwarna hijau hadir dalam muntah bayi. 
v Kehilangan selera makan. 
v Bayi asyik bangun dari tidur dan menjerit akibat kesakitan. 
v Kemuntahan, cirit-birit atau sembelit yang semakin meneruk. 
v Demam. 

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor

Doktor boleh mengesahkan samada tangisan adalah disebabkan oleh mulas perut ataupun disebabkan sesuatu yang lebih serius. Beliau boleh mempreskripsi ubat untuk mengurangkan mulas perut. Di antara ubat yang digunakan ialah : -
v Simetikon, yang membantu memecahkan buih-buih udara di dalam perut, supaya ia adalah     lebih kecil dan kurang menyakitkan.
v “Gripe water” -  membantu bayi sedawa.
Doktor juga mungkin memberikan nasihat-nasihat yang lain bergantung kepada setiap keadaan.

Tabiat-tabiat untuk Ibu

v Bersedia untuk episod mulas perut pada waktu petang dengan tidur untuk  sebentar pada     waktu tengahari. 
v Bersabar – Bayi-bayi biasanya akan melalui fasa ini dalam 3 bulan. 
v Minta bantuan saudara-mara atau kawan-kawan semasa saat-saat yang menyusahkan. 
v Masa sewaktu pemberian susu bayi haruslah senyap dan tenang. 
v Kongsi penjagaan bayi dengan ayahnya. 
v Jangan merokok. 
v Jangan memenatkan diri sendiri, minta bantuan.


Nikmati Tahun-Tahun Pembesaran Bayi.

ASHMA / LELAH



LELAH

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu.  Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.
Faktor-faktor Pencetus

v Habuk di rumah dan  hama.
v Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing.
v Jangkitan pada salur pernafasan atas.
v Senaman.
v Angin yang sejuk.
v Menghidu produk berminyak wangi.
v Ketawa.
v Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia.
v Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin
    dll.

v Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian
    di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu.

v Penambah (additives) makanan tertentu.
v Tekanan emosi atau teruja.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat  gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan  tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit  mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti
v Batuk.
v Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
v Perasaan ketat pada dada.
v Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
v Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
    dalam semasa bernafas.

v Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos
    (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)


Komplikasi

Kegagalan pernafasan akut yang boleh menyebabkan maut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda

v Seorang doktor haruslah dirunding apabila nafas anda menjadi termengah-mengah pada
    pertama kalinya.

v Gunakan suatu alat yang bernama meter aliran puncak (Peak Flow Meter) untuk mengukur
    angin yang keluar dari paru-paru. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda
    mengenai penggunaan meter aliran puncak.

v Ambil ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Tanya mengenai nama ubat yang
    dipreskripsi pada doktor atau pegawai farmasi anda. Pastikan anda mengetahui ubat
    manakah yang memberi “kelegaan” dan yang mana satukah yang “mencegah”.
Ubat-ubat “melegakan” adalah ubat-ubatan yang bertindak serta merta untuk membantu anda bernafas dengan mudah apabila serangan bermula. Jika anda harus menggunakan ubat-ubat “pencegah” dengan lebih kerap, ini bermaksud lelah anda tidak dikawal dengan sebaiknya. Contoh-contoh ubat tersebut adalah salbutamol dan terbutalin.
Ubat-ubat “pencegah” adalah ubat-ubatan yang mengelakkan anda dari mendapat serangan. Ia biasanya dipakai atau diambil setiap hari, misalannya steroid. Apabila terdapat serangan lelah, ubat “melegakan” haruslah diambil dahulu kerana “pencegah” tidak akan menghentikan serangan tersebut. Contoh-contoh “pencegah” adalah budesonid dan beklometason.

Apakah Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor

La bergantung kepada keadaan dan tahap serangan. Perkara-perkara yang mungkin dilakukan oleh seorang doktor: -
v Memberi pengembang bronkus – samada melalui laluan mulut (oral) atau menggunakan
    nebulizer.
 
v Memberikan perubatan oral atau memberikan ubat secara intravena, misalannya steroid,
    dalam serangan-serangan yang tenat.
 
v Memberikan perubatan dalam bentuk inhalasi (penyedutan) kerana ia bertindak cepat dan
    menghasilkan kesan-kesan samping yang sedikit serta sukatan ubat (dos) yang rendah
    boleh digunakan.
 
v Memberi oksigen. 
v Memberi antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan sekunder yang mungkin hadir
    bersama.
 
v Mengajar pesakit mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghalang serangan  dan
     juga memberi nasihat  mengenai ubat yang harus diambil semasa serangan. 

v Menunjukkan cara penggunaan meter aliran puncak untuk memantau keterukan lelah.
v Memberitahu mengenai apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya
    serangan.
 
v Merujuk kepada hospital untuk pengurusan lanjutan, jika perlu.


Tabiat-tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat.
v Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda.
v Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah.
v Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya.
v Elakkan merokok.
v Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar.
v Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti.
v Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
v Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda.
v Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang
    kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut
    (inhaler) yang betul.
Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

PENYAKIT KENCING MANIS

PENYAKIT KENCING MANIS


Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Primer

Jenis I (IDDM) 
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin. 

Jenis II (NIDDM) 

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin. 

Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala

Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Pemakanan

Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
    ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi,
    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
    diambil.
v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
    jantung. Elakkan daripada
    menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan
    makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
    memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.
v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.

Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

Senaman

Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.

Insulin

Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran
    darah).
v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Tablet anti-diabetes

Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:
v Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak
     insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.
v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide
     merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya
     berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat
     ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.
v Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga
     menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin.
v Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan
     gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma
     karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone
v Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam
     usus kecil. Misalnya acarbose.

Hipoglisemia

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
v Makan terlalu sedikit.
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
     berat.
v Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom

Simptom hipoglisemia adalah:
v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening
v Loya dan lemah
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi

Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.

Komplikasi Kesan akhir

Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah

Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan.Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah

Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis

Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Penjagaan kulit

Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
v Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi
     perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.
v Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan
     iritasi kulit.
v Gunakan air suam untuk mencuci.
v Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau
     terdapat inflamasi.
v Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
v Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,
     lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.
v Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan
     kelembapan kulit.

Penjagaan kaki

Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.
v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap.
v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan
     bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai
     kasut.
v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang
     kalus (kulit tebal pada kaki)

kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.

Penjagaan mata

Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.

Pesakit kencing manis haruslah:-

v Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
v Memeriksa tekanan darah secara berkala.
v Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.

Penjagaan dental (gigi)

Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.