POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH Dr Ros Dan Rakan-Rakan

Halaman

  • Laman utama
  • Hubungi Kami
  • Terapi Bioptron

Isnin, 10 September 2018

















Bila Kali Terakhir Anda Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Lengkap?



TAHUKAH ANDA – Mengikut kajian, 30 daripada 40 orang (75%!) tidak mengetahui mereka menghidap penyakit kronik disebabkan tidak melakukan pemeriksaan kesihatan berkala?
.
Semakin kita meningkat usia, semakin berkurangan tahap kesihatan kita. Ramai yang mengambil mudah tahap kesihatan diri.
Benar, sesetengah penyakit boleh dihalang oleh gaya hidup sihat seperti kerap bersenam dan memakan makanan yang sihat dan seimbang.
Namun, ada sifat penyakit yang terpendam dalam organ tubuh. Ia tidak mampu dicegah tetapi kita dapat mengurangkan impaknya dengan menemuinya dengan lebih awal
.

MENGAPA PEMERIKSAAN PERLU DILAKUKAN?
  1. Memahami dengan jelas tentang status kesihatan diri
  2. Mengenal pasti pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung
  3. Mendapatkan nasihat perubatan yang tepat untuk menjaga kesihatan
  4. Merujuk kepada doktor pakar setelah ujian dibuat (jika perlu)
Langkah-langkah sebelum membuat Pemeriksaan Medical Check Up

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN?

  1. Orang yang prihatin dengan kesihatan tubuh badan
  2. Orang yang ditawarkan pekerjaan
  3. Orang yang ingin menyambung pengajian
  4. Orang yang ingin menunaikan umrah dan haji
  5. Orang yang ingin memperbaharui lesen

Senarai pemeriksaan lengkap seperti di bawah:
  • Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Pemeriksaan Mata ( Carta Snellen)
  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Pemeriksaan Air Kencing (FEME)
  • Pemeriksaan Darah
  • Kiraan Darah Lengkap (FBC)
  • Penyiasatan Lanjut untuk sel darah & parasite
  • Gula Dalam Darah
  • Tahap Kolesterol Dalam Darah
  • Profil Buah Pinggang
  • Ujian Fungsi Hati
  • Penentuan Kumpulan Darah (ABO & Rhesus)
  • Antigen & Antibodi Hepatitis B
  • Penyelidikan Penyakit Kelamin ( VDRL )
  • Khidmat Nasihat Dan Laporan
.
Dr.Rushmini Maris Ismail sedang menjalankan Pemeriksaan Medical Check terhadap pesakit .

“Lama betul saya tak buat ujian pemeriksaan kesihatan. Baru-baru ni saya pergi Poliklinik Penawar Semenyih dan Doktor cadangkan saya jalani ujian untuk melihat tahap kesihatan buah pinggang , jantung, hati dan pankreas berfungsi dengan baik. Hasil ujian membuktikan saya ini ada masalah kolesterol tinggi. Lalu Doktor ajar teknik pemakanan dan juga teknik senaman yang berkesan. Alhamdulilah… kini saya telah bebas dari masalah kolesterol “ – Puan Mikayla , 35 tahun.

“ Terima kasih sangat pada Doktor di Poliklinik Penawar Semenyih yang selalu pantau kesihatan saya. Saya dibantu dengan nasihat pemakanan , tips senaman dan staf klinik menghubungi saya selepas keputusan dijalankan. Awwsome .. sangat nurse klinik ini. Sangat prihatin dan rajin follow up saya sehingga saya benar-benar sihat sekarang. Memang terbukti tagline Poliklinik Penawar Kesayangan Warga Semenyih “ – Puan Siti , 40 tahun.














at 1:58 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest


NANTI !!! JANGAN POTONG DULU KAKI AYAH SAYA DOKTOR !!!




Buah jambu di bawah tangga, 
Buah kelapa di hujung desa, 
Kasih ibu dibawa syurga, 
Kasih bapa sepanjang masa. 
.
Runut lagu Segala Perasaan – Siti Nurhaliza dari mengejutkan Zikram dari meeting bersama stafnya. Lalu diseluk poket kanannya untuk mengambil Iphone. 
.
Tentera dari skrin “Ibu” 
.
“ Assalamualaikum, Ibu”
“ Waalaikumsalam . Zik, ayah kamu dah seminggu kurang sihat. Kaki ayah yang luka hari tu masih belum sembuh lagilah. Baliklah anakku” 
“ Baik ibu. Zik minta cuti untuk balik kampung segera” 
.
******
Bila melihat luka kaki ayahnya yang masih bernanah banyak, hati Zikram dah mula risau. Takut-takut menyebabkan bakteria membiak lebih cepat. Dan takut berjangkit di kawasan lain. 
.
“Ayah, jom kita pergi hospital untuk check dulu” Zikram lalu memapah sang ayah ke dalam kereta. 
.
Setiba di hospital, suasana terlalu ramai orang menunggu di bilik rawatan. Nak tak nak terpaksalah menunggu untuk pemeriksaan doktor. Serba salah Zikram dibuatnya. Masa berlalu terlalu lama. Dah hampir 3 jam tapi nombor giliran ayah belum dipanggil. Zikram menoleh melihat ayahnya yang sedang lena tidur. 
Hatinya mula rasa sayu memandang ayahnya yang semakin tua, menahan kesakitan dan menjadi letih menunggu terlalu lama di hospital. 
.
“ Ya Allah, kasihanilah ayahku ni, sembuhkanlah dia dari penyakit ni. Berilah petunjuk untukku bantu dia kembali pulih”
.
Pemeriksaan dari hospital menunjukkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Sangkaan Zikram dari awal ternyata benar kerana luka kaki selalu seiring dengan masalah kencing yang manis. Ayah hanya terdiam mendengar penjelasan doktor. Penyakit yang paling ditakuti kini sedang dialaminya. Zikram mula rasa simpati. 
.
******
Malam itu, Zikram ke surau menunaikan solat magribh. 
Imam menegurnya,
.
“ Eh, Zik dah lama ustaz tak nampak kamu. Sihat ke? Ayah kamu mana ? “
Zikram lalu bersalaman dengan imam. 
“ Alhamdulillah saya sihat ustaz. Ayah sakit di rumah” 
“ Sakit apa?” tanya imam
“ Luka bernanah, ustaz” 
“ Cepat bawa ayah kamu cuba rawatan bioptron ke Poliklinik Penawar Semenyih. Luka saya dah elok sejak pergi ke sana” kata Imam sambil menepuk bahu Zikram 
“ Ye ke ustaz. Kalau macam itu , saya akan bawa ayah segera”
. 
******
“ Nasib baik , En Zikram datang awal. Nanah ini kalau tak dirawat boleh menyebabkan pembusukan. Bila pembiakan bakteria telah masuk ke dalam darah boleh menjejaskan sistem metabolism pesakit dan akhirnya akan dipotong” terang Doc pada Zikram. 
.
Di Klinik Doc, kami menggunakan cahaya laser dan lampu bioptron bagi penyembuhan luka. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan bina semula salur darah baru. Dalam bahasa sains namanya angiogenesis tidak berlaku. Bagi orang kencing manis, tubuh mereka sukar untuk sembuh sebab angiogenesis tidak berlaku. Boleh dikatakan ianya sejenis fisioterapi juga. 
.
Zikram melihat petugas doktor begitu cekap membersihkan luka kaki ayah. Layanan terhadap ayahnya begitu mesra dan cermat. Selepas luka dibersihkan, lampu bioptron diletakkan di bahagian luka tersebut. Tak sampai 40 minit, semua pemeriksaan dan rawatan telah selesai dijalankan. Lega hati Zikram melihat ayahnya yang ceria sepanjang rawatan tersebut. 
.
Setelah 3 kali berturut- turut mendapatkan rawatan di Poliklinik Penawar, akhirnya kaki ayah Zikram sudah pulih. 
.
“Syukurlah luka ayah saya dah sembuh setelah cuba rawatan Bioptron ni. Ayah begitu gembira sekali dengan layanan dan komitmen dari petugas klinik Doc. Tak perlu tunggu lama dan servis sangat memuaskan. Bila tengok ayah tersenyum , hati saya puas “ kata Zikram kepada Doc 




Testimoni pesakit yang telah menggunakan CAHAYA BIOPTRON



.
Antara kelebihan Terapi Cahaya BIOPTRON:
1. Rawatan ini tidak menyakitkan dan mudah untuk digunakan.
2. Membantu untuk menggalakkan penyembuhan kulit
3. Mengurangkan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan gangguan kulit.



Testimoni pesakit yang cendera selepas bermain bola yang sedang menjalani rawatan CAHAYA BIOPTRON











at 1:14 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama
Langgan: Catatan (Atom)
  • facebook
  • Home
  • Rawatan
  • Perihal Doktor
  • Hubungi Kami

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • google
  • youtube
  • pinterest
  • Instagram

Blog Archive

  • ►  2019 (20)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  April (6)
  • ▼  2018 (7)
    • ▼  September (2)
      • Bila Kali Terakhir Anda Melakukan ...
      • NANTI !!! JANGAN POTONG DULU KAKI AYAH SAYA DOKT...
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2015 (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2014 (18)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (16)

recent posts

Labels

bioptron bioptron light therapy diabetes diabetic kencingmanis lukakencingmanis migrain pening sakitkepala
Tema Awang-gemawang. Dikuasakan oleh Blogger.