Jumaat, 19 April 2019

"ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA KAMI BERJAYA DAPATKAN ZURIAT"



Zuriat sememangnya dinanti-nantikan oleh pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ada pasangan yang sudah menjadi rezeki mereka mudah mendapatkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga malah bertahun-tahun, tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan rumahtangga mereka. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan tentang pasangan yang telah mendirikan rumahtangga lebih dari setahun tetapi masih belum mempunyai anak. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pasangan di luar sana yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya hendak memperkenalkan diri. Nama saya Hanna. Saya sudah mendirikan rumahtangga hampir empat tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat. Dalam tahun yang pertama, kami suami isteri tidak ada isu tentang kehamilan saya. Tapi apabila sampai tahun kedua, saya mula terasa beban apabila kami masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata. Suami masih tiada masalah, memikirkan kami mungkin tidak mempunyai rezeki lagi. Mungkin apabila sampai masanya, adalah rezeki kami. Tetapi lain pula halnya dengan keluarga, saudara-mara serta orang di sekeliling.

Ibu mertua sudah bertanya setiap kali kami ke rumahnya. Tetapi selepas suami saya katakan sesuatu padanya, ibu taklah menekan saya dengan soalan itu lagi. Jirannya pun begitu juga. Asal nampak saja kami ke sana, rajinlah dia menapak ke halaman rumah ibu dengan soalan sama. Selalunya, saya dan suami hanya senyum hambar sahaja dengan jawapan yang masih sama, belum ada rezeki lagi. Pantas saja dia katakan kami langsung tak berusaha hendak mendapatkan zuriat. Apabila kami katakan sudah pergi ke mana-mana sebagai ikhtiar, dia tidak percaya. Mudah saja dia menuduh saya terlalu mahu menjaga bentuk badan sehingga tidak mahu kehamilan mengganggu saya. Yang paling pedih lagi apabila ada ibu saudara yang katakan saya tidak pandai menjaga suami siap bergurau kalau suami saya cari yang lain atau tinggalkan saya, jangan salahkan dia. Tak tahulah kalau pada mereka, gurauan begitu cuma sekadar untuk berjenaka. Tapi pada saya, apa yang mereka katakan cukup memberikan kesan pada saya. Macam mana tergurisnya hati saya hanya Allah saja yang tahu.

Teringat saya pada hari raya tahun ketiga perkahwinan, suami saya ada bertanya kalau-kalau saya tak mahu balik beraya di kampungnya. Saya tanya mengapa pula? Takkanlah sebelum ini balik, tahun ini tak balik pula. Nanti apa pula kata keluarganya. Tapi dia kata, dia takut saya sedih lagi macam sebelum ini. Tiap kali ibu saudaranya katakan macam-macam pada saya, dia pun terasa juga. Saya cakap pada dia, tak apa. Saya dah biasa. Apa diorang nak cakap, cakaplah. Memang kami tak ada rezeki lagi.

Saya memang ada cuba makan macam-macam jenis ubat, cuba macam-macam tips kehamilan, tapi masih tak menjadi juga. Ada juga beberapa orang kawan saya yang mempunyai masalah sama, tetapi setelah makan ubat, tak lama setelah itu mereka hamil. Apabila saya cuba ubat yang sama, saya masih juga tiada perubahan. Tapi saya tak salahkan mereka. Mungkin apa yang saya makan itu tidak sesuai dengan saya.

Kalau nak mencari tips, produk kehamilan dan sebagainya, cari di internet itu memang sudah menjadi kemestian. Mana-mana media sosial saya cari juga. Dan antara yang saya jumpa adalah Poliklinik Penawar Semenyih. Saya cuba contact mereka selepas saya terbaca blog orang lain yang mention poliklinik itu atas sebab masalah sama. Untuk kali ini pun, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana tak mahu kecewa lagi. Saya hanya niatkan itu sebagai satu lagi ikhtiar kami. Saya pergi ke sana dengan suami, buat test dan sebagainya. Saya rasa selesa sebab mereka memang ada doktor perempuan. Staf lain pun peramah, bila nampak saya datang lagi, mesra menegur saya.

Alhamdulillah empat bulan selepas itu saya disahkan hamil. Waktu itu, rasa macam tak percaya saja. Orang kata, rasa macam mimpi. Saya dan suami bersyukur sangat-sangat. Saya tahu, itu semua kuasa Allah. Tapi juga dengan usaha kami dan bantuan doktor. Dan sekarang saya sudah mempunyai dua orang zuriat. Semakin ceria rumahtangga kami. Tak ada lagi soalan-soalan yang perit saya nak jawab.

Sebagai mengakhiri perkongsian saya, saya nak ucapkan terima kasih pada Poliklinik Penawar Semenyih atas jasa mereka semua.

.



Begitulah perkongsian dari Puan Hanna yang kini sudah ceria dengan adanya cahaya mata setelah lama berusaha. Kami doakan kesihatannya serta keluarga. Bagi anda yang mempunyai masalah sama, anda boleh hubungi kami di Poliklinik Penawar Semenyih. In sha Allah kami akan bantu ada :)

Jika anda berminat, hubungi kami di link:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484
.




Khamis, 18 April 2019

AYAH TAK NAK DATANG SEBAB TAK PERCAYA!

Salam sejahtera semua. Kali ni kami akan siarkan tentang pengalaman atau kisah seorang lelaki yang telah memujuk ayahnya untuk membuat rawatan di poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan bioptron. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai tauladan untuk semua.


Hai pembaca semua. Pertama sekali saya akan kenalkan diri. Nama saya Ashraf. Jadi saya nak share pengalaman saya dan ayah yang telah datang ke Poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan. Ayah saya berusia 63 tahun dan menghidapi penyakit kencing manis.

Bila mak kata kaki ayah makin teruk, weekend tu saya balik kampung nak tengok keadaan dia. Memang luka ayah nampak makin besar dari yang mak send gambar sebelum ni. Mula-mula nampak kesan lebam kehitaman, tak lama lepas tu dah jadi luka pula. Itu yang saya tak nak tunggu-tunggu lagi. Risau saya kalau kaki dia kena potong nanti. Sudahlah kalau kencing manis ni bila dah luka, laju saja dia merebak. Saya hantar ayah ke hospital dan luka tu dicuci siap dressing.

Esok tu saya ke masjid waktu solat maghrib. Biasanya datang dengan ayah sekali. Tapi bila luka ayah tu dah makin teruk, dia pun tak pergi lagi. Nampak saja wajah saya terjengul di situ, kawan ayah tanya pada saya, kenapa ayah tak datang sekali. Tak sihat ke dia? Dah lama tak datang masjid. Saya ceritalah pasal luka ayah. Dia pun tanya, saya ada hantar ke hospital ke? Saya kata sudah. Tapi macam tu sajalah. Selalu kena cuci luka tu. Kalau basah, saya tukar kain yang balut tu. Pakcik tu tanya lagi, saya tak cuba ke hantar dia buat rawatan untuk keringkan luka tu? Saya pelik. Saya tanya dia, ada ke rawatan nak keringkan luka? Setahu saya kalau nak cuci tu ada. Keringkan tu tak tahu pula saya. Dia kata, tahun lepas, dia pun ada luka kencing manis juga. Luka. Dia pergi ke poliklinik dekat Semenyih, anak dia hantarkan. Ada rawatan pakai cahaya katanya.

Kalau kata poliklinik saja, mana saya nak cari satu-satu poliklinik yang ada rawatan tu di Semenyih. Pergi sana pun saya tak pernah. Apa nama rawatan dia lagilah saya tak tahu. Pakcik tu kata, nanti dia balik dia tanyakan dekat anak dia semula. Dia nak menyebut pun lupa dah.

Balik tu, saya ceritalah pada ayah pasal rawatan yang kawan dia cakap tadi. Ayah kata dia tak nak buat. Leceh katanya, entah menjadi entah tidak. Pakai cahaya, nak kering apanya. Saya cakap pada dia, apa salahya cuba dulu, mana tahu serasi dengan dia. Keras dia menolak. Esoknya waktu balik solat subuh, pakcik tu bagi nombor telefon dan alamat poliklinik tu, Poliklinik Penawar Semenyih. Nama rawatannya Bioptron. Saya cuba call saja poliklinik walaupun ayah tak mahu. Saya cakap pada ayah, saya dah buat appointment. Dia masih menolak, tapi mak saya pujuk sampailah dia nak ikut saya balik KL. Weekdays saya kerja macam biasa, jadi saya ke kerja, mak saya jaga ayah di rumah. Saya kerja ambil half day dan hantar ayah pada hari Isnin tu.
.


Sampai di sana pun ayah masih nak menolak lagi kata takut sakit kut macam laser. Staf di situ kata tak sakit pun, macam kena cahaya lampu saja. Dia bagi alasan pula tak nak perempuan yang rawat sebab nampak dalam Bioptron centre tu yang ada semua perempuan. Pening juga saya dan mak. Nasiblah mereka ada staf lelaki yang boleh buat rawatan untuk ayah.




Setelah buat rawatan, alhamdulillah keadaan dah jauh lebih baik. Luka yang ada tu pun sudah kering. Cahaya bioptron tu boleh bantu aliran darah, generate pembentukan sel baru untuk gantikan yang dah rosak serta matikan kuman. Ayah pun dah okay dengan rawatan itu. Tak ada lagi complain marah-marah tak nak buat rawatan. Mak pun saya suruh buat juga untuk kaki dia yang sakit-sakit tu alang-alang kami di situ. Lama dah rasa lenguh dan sengal-sengal. Itu pun dah nampak semakin membaik. Mak nak solat pun dah senang, tak macam dulu.

Kepada perawat di Poliklinik Penawar Semenyih, saya ucapkan jutaan terima kasih sebab dah bantu ayah dan mak saya. Saya betul-betul berterima kasih. Lega saya tengok keadaan mak ayah saya sekarang. Taklah risau dengan kesihatan mereka di kampung. Saya hanya mampu doakan awak semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan diberkati Allah atas jasa awak untuk orang lain.

Itulah perkongsian dari Encik Ashraf yang berjaya memujuk ayahnya untuk mencuba rawatan Bioptron di Poliklinik Penawar Semenyih. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama ataupun sesiapa di sekeliling anda, hubungi saja kami. In sha Allah kami akan membantu anda :)


Jika berminat, hubungi kami di link:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484


"KALAU KALI INI PUN TAK JADI JUGA, SAYA TAKKAN CUBA LAGI"


Saya Azlina berumur 41 tahun. Saya ada masalah jeragat sejak beberapa tahun lalu. Adalah juga cuba beberapa produk sebelum ni, tapi tak hilang juga. Makin lama, kesan pigmentasi tu semakin bertambah di muka saya. Lagilah nampak kusam. Sampai satu tahap, saya dah putus asa nak cuba hilangkan kesan pigmentasi ni. kalau nak keluar pergi kerja ke apa, saya touch up je pakai mekap tebal-tebal. Kalau tengah kurang rajin tu, saya redah aje pergi dengan muka tanpa mekap.


.
Hujung tahun hari tu, permohonan saya untuk bertukar tempat kerja dah diluluskan. Awal tahun saya terus lapor diri di pejabat yang baru. Tak sangka sewaktu minggu kedua saya di situ, saya terserempak dengan ex-housemate saya ketika di universiti dulu. Masa belajar dulu memang rapat, tapi habis saja belajar, masing-masing makin jarang contact dan akhirmya terus lost contact. Bukan main cantik lagi dia sekarang.
.
Kami pun berbual-buallah sambil makan tengah hari tu. Sejak makin naik umur ni, nampak macam makin muda pula dia. Sambil-sambil tu, saya terus tanya dia produk apa yang dia pakai. Dia boleh pula senyum-senyum. Dia tanya saya balik, kenapa nak tahu pula. Saya katalah sebab muka saya makin teruk sekarang ni. Dia buat muka pelik pula.
.
Dia kata, teruk apanya nampak licin aje tu? Saya mampu sengih je masa tu. Saya jujur saja. Saya kata itu sebab mekap berinci-inci nak cover kesan pigmentasi ni. Dengan tona kulit yang memang tak pernah sekata. Lama dia diam. Tak tahulah apa yang dia fikir tu. Kemudian dia kata, dia ada buat rawatan.
.
Bila dia sebut saja pasal rawatan, saya jadi lemah semangat pula sebab sebelum ini ada juga saya cuba, tapi kurang menjadi. Mungkin kurang serasi dengan saya sebab ramai orang lain buat memang menjadi. Itu dia tanya saya, kenapa tiba-tiba nampak tak excited pula ni? Saya pun ceritalah serba ringkas masalah saya dengan waktu rehat yang singkat tu.
.
Dia kata kalau betul saya nak cuba, dia boleh cadangkan tempat dia buat rawatan tu. Kalau saya tak nak pergi sendiri, dia boleh tolong temankan memandangkan dia pun free saja waktu hujung minggu. Saya terus on saja. Dalam hati nak niat, kalau yang kali ini pun tak jadi juga, memang sampai bila-bila pun saya dah tak nak buat rawatan. Terima sajalah hakikat wajah bermasalah begini.
.
Pendek cerita, minggu itu dia terus hubungi tempat rawatan tu dan set tarikh appointment. Bersungguh betul dia nak tolong saya. Terharu tak usah cakaplah. Hujung minggu hadapannya tu, kami pun pergi ke pusat rawatan tu. Poliklinik Penawar Semenyih rupanya. rasa-rasanya sebelum ini pernahlah dengar juga. Cum tak terfikir nak cari tahu details dia.
.
Jadi bila di sana, saya buat analisis muka dulu untuk tahu keadaan dan masalah di wajah saya. Semasa sesi konsultasi, konsultan Marissa memang terangkan segala benda pada saya. Memandangkan sesi konsultasi tu free, saya pun ambil kesempatanlah tanya semua yang saya nak tahu. Almaklumlah, saya ni kalau betul nak tahu tentang sesuatu tu, memang saya cari sampai ke lubang cacing bak kata orang. Buka setakat permukaan saja. Sampai saya rasa semua informasi yang saya nak tu saya dapat, baru saya proceed dengan rawatan yang bersesuaian.
.
Selepas rawatan, saya boleh nampak perubahan yang amat ketara pada wajah saya berbanding dengan sebelum rawatan. Dan alhamdulillah wajah saya sekarang tak lagi nampak kusam dengan tona yang tidak sekata serta pigmentasi. Kalau nak keluar ke mana-mana pun saya rasa yakin dan bersemangat saja. Taklah jalan pun rasa nak pakai mask biar orang tak nampak muka saya. Terima kasih Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu mengembalikan keyakinan saya setelah bertahun-tahun berasa kurang yakin dengan penampilan diri.
.
Begitulah perkongsian dari Puan Azlina yang telah membuat rawatan pigmentasi di Poliklinik Penawar Semenyih dan berjaya merubah dirinya untuk menjadi lebih berkeyakinan dengan wajah yang bersih tanpa kesan pigmentasi. Semoga puan dapat mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan dengan adanya keyakinan diri yang lebih tinggi. Jika anda juga memerlukan bantuan untuk masalah pigmentasi, hubungi saja kami di Poliklinik Penawar Semenyih. Kami sedia membantu anda :)

Hubungi kami di link di bawah:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

MAKAN SUPPLEMENT TAK ADA BEZA




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Untuk kali ini, kami ada perkongsian yang istimewa untuk semua. Kami ada kongsikan pengalaman seseorang yang telah menjalani DNA Hair Test di sini.


Hai semua, pertama sekali saya nak memperkenalkan diri. Nama saya Rahimah Sazali. Jadi setelah melakukan DNA Hair Test, akak nak share pengalaman tu kepada semua. Mana tahu bermanfaat untuk yang belum pernah buat.
.
Sebab utama akak datang ke Poliklinik Penawar Semenyih adalah untuk check masalah kesihatan akak. Akak ni kerja office. Masuk pukul lapan, balik pukul lima atau enam petang. Masa awal-awal dulu akak okay saja. Tapi sejak akhir-akhir ni, akak ada masalah lesu. Ingatkan mungkin terlebih kuat buat kerja ke apa, dalam dua tiga hari okaylah. Tapi masalahnyadah dekat sebulan makin teruk pula jadinya. Jadi akak pun ambiklah supplement untuk boost sikit energy. Biar tak lesu lagi. Malangnya, akak masih sama juga. Malam susah sangat nak tidur. Siang pula cepat letih. Kadang-kadang baru tiga empat jam masuk kerja, penat dia bukan main lagi macam dah seminggu tak tidur.
.
Memandangkan keadaan akak makin teruk dan supplement yang akak ambik itu pun macam tak ada effect untuk improve keadaan akak, jadi akak nak buat full check up. Takut juga ada masalah apa-apa dalam badan yang kita tak tahu.
.
Hari akak cuti, akak direct saja pergi ke Poliklinik Penawar Semenyih dan tanya terus di kaunter, dekat sana ada tak buat DNA Hair Test. Sebab akak pernah la orang buat tu sebab nak tahu pasal kesihatan dia, tapi tak tau pula dekat mana yang dia buat tu. Dan alhamdulillah memang dekat situ ada buat, jadi senanglah kerja akak. Tak perlu mencari-cari ke tempat lain pula mencuba nasib.
.
Jadi, akak tunggu nama dipanggil dan masuk ke bilik doktor. Akak pun ceritakan masalah akak, dan kemudian akak tanya pula pasal test tu. Doktor kata akak cuma perlu beri tiga helai rambut sebagai sampel. Tak perlu ambik darah apa semua. Jadi kepada sesiapa yang nak buat test ini dan takut kena inject, jangan risaulah ya. Selepas sampel rambut diambil, analisis pun dibuat.
.
Apabila result dah keluar, pihak poliklinik call akak dan akak datang semula ke sana. Result tu keluar dalam bentuk booklet. Semua details pasal tahap mineral, vitamin, antioksidan dalam tubuh dan sebagainya ada dalam tu. Apa yang akak perlu ambik dalam pemakanan, apa yang akak perlu elakkan pun ada. Dan mengikut profiler atau result akak tu, akak dapat tahu apa punca masalah akak yang sebenarnya. Dan akak juga dapat tahu yang supplement yang akak consume tu sebenarnya tak sesuai untuk akak. Sebab tu tak nampak perubahan walaupun dah habis makan semua. Dah selesai semua, akak pun terus saja balik.
.
Dengan semua yang akak baru tahu tu, barulah akak dapat tentukan supplement dan jenis ubat-ubatan apa yang akak sepatutnya ambik, dan apakah cara yang lebih sesuai untuk akak ubah diet pemakanan akak.
.
Akhir sekali, terima kasih kepada team Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu saya untuk kembali bekerja dengan cergas dan lebih bersemangat dari sebelumnya.


.
Dengan perkongsian Puan Rahimah Sazali itu, kami harap dapat kami membantu sesiapa yang turut mempunyai masalah yang sama, atau merasakan ada sesuatu yang anda ingin pastikan berkenaan keadaan kesihatan anda secara lebih mendalam. 

Anda boleh hubungi kami di link: 

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

“Saya benci tengok diri sendiri dalam cermin!"




OBESITI PUNCA MASALAH EMOSI

“Saya benci tengok diri sendiri dalam cermin! Buruk! Saya benci tengok reflection badan saya!”

Seringkali kita dengar orang yang mempunyai masalah obesiti atau kegemukan tubuh badan mengeluh dengan keadaan diri mereka. Mereka akan berasa marah melihat keadaan diri sendiri, mereka juga akan meyalahkan diri sendiri atas keadaan atau kepayahan yang mereka hadapi sekarang. Perasaan untuk berubah sentiasa ada dalam diri tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk memulakan cara hidup yang baru mahupun konsisten dengan perubahan yang dilakukan.



Mari kita baca kisah seorang wanita yang telah melalui kepayahan sebelum berjaya menurunkan berat badannya serta menghilangkan beban yang ditanggung sejak bertahun-tahun yang lalu.

Hai semua. Salam sejahtera. Mungkin penulisan saya agak panjang, tetapi itulah cerita yang akan saya kongsikan kepada semua. Nama saya Suhana, berumur 29 tahun. Saya mempunyai masalah obesiti sejak kecil lagi. Jujur saya katakan, saya penat orang mencemuh saya, memerli dan menjauhi saya hanya semata-mata saya mempunyai saiz badan yang bukan sahaja besar, tetapi sangat besar. Mungkin bagi orang lain, perkara sebegitu hanya terjadi di kaca televisyen, di dalam filem. Tetapi bagi saya pula, itulah yang saya hadapi dari dulu lagi.

Semasa kecil, kawan-kawan ejek saya gemuk, kuat makan, buruk dan sebagainya. Apabila saya di sekolah rendah, kawan-kawan tak mahu rapat dengan saya. Waktu kelas Pendidikan Jasmani, memang kawan saya akan awal-awal lagi memilih orang lain untuk melakukan sebarang aktiviti. Katanya kalau nak berlari, saya lambat, pasti kami akan kalah. Ada masanya mereka kata takut saya terpijak mereka sewaktu melakukan aktiviti, maklumlah sebab saya gemuk.

Dan sewaktu saya masuk ke alam sekolah menengah pula, saya tidaklah diejek sesering di sekolah rendah. Tetapi ada saja individu yang tak sukakan saya disebabkan keadaan fizikal saya tanpa sebab lain yang munasabah. Biasanya, saya abaikan saja. Walaupun begitu, ada satu lagi perkara yang saya sering fikirkan waktu itu. Ramai kawan-kawan saya yang orang suka berkawan kerana mereka cantik, mereka ada rupa. Kalaupun tidaklah secantik artis yang kita lihat di TV, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seburuk saya. Ramai yang berpasangan, bagi yang perempuan tidak kiralah pasangan mereka dari tingkatan yang sama mahupun senior kami. Ada masanya saya cemburu. Saya tahu, waktu itu adalah waktu untuk fokus belajar, tapi apa boleh buat. Saya juga seorang remaja biasa. Sama saja seperti orang lain. Yang berbeza hanyalah saya tidak mempunyai pengalaman yang sama seperti mereka. Waktu itu merupakan waktu yang paling menyakitkan bagi saya. Saya rasa marah dengan diri sendiri. Saya salahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengawal emosi saya, saya marah kerana saya tidak dapat mengawal kehendak saya yang sentiasa ingin makan dan menyebabkan saya jadi begitu.

Semakin saya membesar dan menjejak ke alam dewasa, saya cukup tidak yakin untuk berhadapan dengan dunia luar. Ke mana pun saya pergi, seperti terasa-rasa orang di sekeliling mentertawakan saya, mengejek saya. Setiap kali hendak membuat presentation semasa kuliah, seboleh-bolehnya saya hendak cepat habis. Saya malu orang lain memerhatikan saya. Berkali-kali juga saya gagal dalam interview kerja kerana masalah saya yang cepat gementar, tiada keyakinan diri. Ada juga soalan seperti mampukah saya bekerja di situ apabila saya hendak berjalan pun perlahan, baru berjalan sikit sudah semput, kaki sakit walaupun duduk. Kalau di bilik mesyuarat, mampukah saya bertahan sehingga habis? Saya tak mampu untuk memberikan jawapan dan alasan yang baik apabila emosi saya sudah terganggu ketika itu juga. Pernah sekali itu, saya menangis di dalam bilik interview itu disebabkan saya merasakan soalan yang diajukan terlalu sarkastik dan kejam pada pendengaran saya. Akhirnya saya dapat juga kerja setelah banyak tempat yang saya apply.

Sampailah pada satu malam waktu saya tengah berfikir-fikir sendiri, saya bulat tekad hendak betul-betul berubah kali ini. Saya perlukan disiplin yang tinggi untuk betul-betul berjaya mengurangkan berat badan saya. Saya tahu kalau saya terus dalam keadaan obesiti, pastinya akan lebih mudah mendapat pelbagai jenis penyakit. Tetapi nampaknya keadaan saya yang tidak mampu untuk bersosial merupakan sebab terbesar saya ingin berubah. Jadi, saya mula buat senaman ringan, kurangkan pengambilan makanan terutama yang berminyak. Semakin lama, saya buat cara senaman yang lebih berat.

Apabila sudah hampir enam bulan masih tak banyak perubahan, saya cari puncanya. Adakah cara pemakanan saya masih lagi tak betul atau cara senaman saya yang sebenarnya kurang efisen? Saya teruskan hidup macam biasa, bersenam dan diet. Akhirnya saya ada jumpa satu video pendek yang menerangkan tentang suis metabolik di Youtube. Saya tengok, tapi masih lagi rasa inginkan penjelasan yang lebih detail. Bagus juga ada disertakan sekali dengan nombor telefon. Saya tak tunggu lama. Saya call mereka pada waktu itu juga. Katanya kalau saya betul-betul nak tahu, boleh datang ke tempat mereka di Poliklinik Penawar Semenyih. Saya tak pernah dengar lagi sebelum ini. Mereka kata ada slimming program di sana. Saya terus deal untuk appointment. Mereka kata Poliklinik Penawar Semenyih buka setiap hari dari Isnin sampai Ahad. Lagi mudah kerja saya, tak perlulah saya nak apply cuti pula.

Apabila saya ke sana, saya buat body scan analysis. Ya Allah, bila tengok memang semuanya jauh dari normal. Betullah nampaknya, suis metabolik saya bermasalah. Itu sebab walaupun saya dah all out jaga makan dan exercise, nampak sikit sangat perubahannya. Macam tersekat di situ. Waktu sesi konsultasi, saya tanya semua soalan yang sudah berhari-hari saya fikirkan jawapannya. Alhamdulillah cik konsultan sudi nak jawab soalan saya yang bertubi-tubi. Saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. Dan setelah sebulan saya ikut slimming program itu, ditambah dengan rutin harian yang saya kekalkan konsisten, nampak jauh sangat beza. Saya pun makin bersemangat nak kurus ni.

Dalam masa setahun, saya sudah hampir dengan saiz dan berat ideal. Dan akhirnya sekarang, saya sudah berjaya mencapai impian saya yang selama ini saya usahakan. Saya mengaku memang tak mudah, terutama hendak menjaga disiplin, tetapi berbekalkan semangat diri serta dorongan keluarga, saya berjaya. Dan pastinya Poliklinik Penawar Semenyih yang telah membantu dalam perjalanan saya hendak mengubah diri dan hidup saya. Terima kasih banyak-banyak. Tak mampu saya nak ucapkan macam mana saya bersyukur atas bantuan dan guide dari mereka bermula dengan video mereka.

Jadi sebagai pengakhir perkongsian ini, saya ingin anda semua terutama bagi yang ada masalah sama seperti saya, usaha itu penting. Kalau tak berjaya nak buat sendiri, seek for help. Ada masa kalau saya ada masalah, saya akan ke sana untuk mencari bantuan mereka. Bagi yang sedang berusaha, saya ucapkan semoga awak semua berjaya dan jangan putus asa. Kalau awak nak menangis, menangislah tetapi JANGAN GIVE UP. Cuba lagi sampai berjaya. Poliklinik Penawar Semenyih, you’re the best!






Tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan pada Cik Suhana yang telah berjaya mendapatkan berat idealnya. Untuk anda yang mempunyai masalah yang sama sepertinya, anda boleh hubungi kami dan kami akan bantu anda sehingga berjaya :)


Untuk anda yang berminat boleh hubungi kami di link tersebut:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

Rabu, 17 April 2019

“ TOLONG JANGAN POTONG KAKI SAYA , DOKTOR. NANTI SAYA TAK BOLEH BAWA KAPAL TERBANG. KASIHAN SAYA DOKTOR “




“TOLONG JANGAN POTONG KAKI SAYA , DOKTOR. NANTI SAYA TAK BOLEH BAWA KAPAL TERBANG. KASIHAN SAYA DOKTOR“
.
Kenangan yang tak dapat saya lupakan pada sewaktu bekerja di sebuah hospital. Tugas saya pada waktu itu ialah sebagai seorang doktor perubatan bahagian bius. Dari kecil lagi saya memang suka kerja bahagian bius ni.
.
Bagi saya dapat membantu orang menjalani pembedahan dengan selamat merupakan satu kepuasan yang tak terhingga. Pada satu hari, saya ditugaskan untuk memeriksa seorang pesara kapten yang kakinya mempunyai luka yang sangat teruk. Pihak hospital menasihatkan kakinya harus dipotong. Sehari sebelum pembedahan saya tengok bilik wad kelas “A” di mana kapten ditempatkan seorang diri. Masa itu riuh rendah dengan kehadiran keluarganya. Ternyata kapten merupakan bapa penyayang dan mempunyai ahli keluarga yang sangat mengasihinya. Mereka datang memberikan sokongan moral buatnya.
.
Pada hari pembedahan saya pun bersiap sedia untuk berjumpa kapten itu. Sebab memang rutin harian saya dan tugas saya bertemu pesakit pada pagi pembedahan. Saya dapati bilik kapten gelap berkunci dan jururawat mundar mandir di luar wadnya. Saya diberitahu bahawa kapten telah mengamuk pada pagi itu. Beliau enggan berjumpa sesiapa dan enggan menjalani pembedahan itu.
.
Jururawat berkata,
"CUBALAH DOKTOR ROS PUJUK KAPTEN”.
.

Saya lihat wajah beliau sedih dan sugul. Baru semalam dia nampak ceria tak sangka pagi ini moodnya berubah.Saya pun berusaha memujuknya. Lantas dia menerangkan pada saya.
“Meskipun saya tidak makan dan minum makanan manis, gula tetap juga tinggi. Tolonglah saya doktor, jangan potong kaki saya “

.
Saya mula menjadi pendengar rintihan jiwa seorang bapa tua yang menyalahkan diri sendiri gagal menjaga pemakanan sehingga menjadi sakit. Untuk pengetahuan follower FB Doktor, sakit ini bukanlah kerana kapten tidak menjaga pemakanan. Puncanya ialah kerana ‘hormon yang rosak’.

Dalam tubuh kita terdapat kalenjar hormon yang umpama “kilang”. Bila kilang ini rosak hormon tidak dapat dihasilkan. Kini dengan adanya ilmu tentang pemulihan kalenjar hormon dan pemakanan kita mampu membantu tubuh kembali sihat.


.


Di POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH , kami menggunakan laser jenis ‘BIOPTRON’ yang membantu kesembuhan dengan meningkatkan ANGIOGENESIS iaitu pembentukan salur darah yang baru.

Apabila saya lihat pesakit yang datang ke poliklinik saya sekarang, saya sering terfikir betapa baiknya kalau teknologi seperti mesin Bioptron ini sudah ada pada ketika itu. Kisah itu cukup membuatkan saya terkesan meskipun telah lima tahun berlalu  . Dan setiap kali melihat perubahan yang dialami oleh pesakit yang membuat rawatan bioptron sekarang, saya berasa cukup gembira dan bersyukur kerana dengan adanya mesin ini, saya berpeluang membantu orang lain yang mempunyai nasib sama seperti kapten tersebut.
.

=========================
KELEBIHAN CAHAYA BIOPTRON
=========================

MERAWAT LUKA, MEMATIKAN KUMAN DAN MENGAKTIF SEL BARU.
MERAWAT ECZEMA, RUAM, KUDIS.
MERAWAT SAKIT BELAKANG, SENDI DAN SARAF.
MERAWAT JERAWAT DAN JERAGAT
MERAWAT GASTRIK.
MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RAMBUT.
MENINGKATKAN SYSTEM IMUNISASI.
KECUTKAN BUASIR & LAIN-LAIN
.

Untuk sebarang pernyataan sila hubungi no di bawah ya. 

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484


                                       

TERIMA KASIH 
 SILA TEKAN SHARE SEKIRANYA BERMANFAAT