Isnin, 14 Oktober 2019

SAKIT BELAKANG??? JANGAN BEDAH DULU!!





Sakit belakang merupakan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. Dengan teknologi terkini dari Switzerland ini, sakit belakang boleh diredakan dengan penggunaan cahaya Bioptron. Cahanya dapat menembusi bukan sahaja kulit tetapi juga tisu pendasar. Bioptron merupakan sistem terapi cahaya yang inovatif. Cahaya yang digunakan bukanlah sinaran ultraviolet yang boleh memudaratkan kesihatan manusia tetapi kesan radiasinya merangsang dan mengaktifkan sistem pertahanan manusia. 




"Krekkk! Aduh, sakitnya belakang!!"

Sering kali terdengar luahan ini pada masa kini tetapi ramai yang mengendahkannya. Kerana mereka beranggapan bahawa sakit belakang ini hanyalah sakit yang tidak mendatangkan bahaya kepada diri. Tetapi kali ini saya akan membawa anda ke situasi sebenar yang bakal mengubah persepsi anda. Inilah juga luahan yang saya dengar sewaktu didatangi oleh seorang pesakit bernama Syakira berusia 26 tahun yang mengalami sakit belakang. Kesakitan ini telah membatasi perbuatannya dan hampir setiap malam syakira akan mengalami sakit belakang. Sehinggakan dia terjaga pada waktu tengah malam akibat kesakitan yang melampau dan sangat tidak selesa. Syakira menyangka sakit ini adalah perkara biasa, tetapi kesakitan itu terasa dari leher hingga ke pinggulnya serta menyebabkan dia merasa kekejangan pada kakinya.




Syakira pun pergi ke hospital swasta dan merujuk pada pakar tentang sakit belakang yang dihadapinya itu. Doktor mengesahkan bahawa Syakira mengalami disc prolapse (prolaps cakera intervertebral) dan mencadangkan agar dia menjalani pembedahan. Menurut doktor, sakit belakang sering berlaku pada mereka di antara umur 25 hingga 60 tahun tidak kira lelaki atau wanita. Jadi tidak hairanlah sekiranya dia turut mengalami sakit ini. Pada peringkat awal, kesakitan berpunca daripada cakera (discogenic pain) intervertebral yang akan mengakibatkan sakit pada belakang dan kadang-kadang boleh merebak ke kaki.



Syakira sangat tertekan, dia tidak menyangka lingkungan umurnya boleh diserang penyakit seperti ini. Salma teman baik Syakira cuba menasihati agar Syakira terlebih dahulu mencuba rawatan terapi Bioptron yang mana rawatan ini menjadi buah mulut dalam kalangan jirannya. Menurut Salma, rawatan ini dijalankan di sebuah klinik yang terletak di Semenyih iaitu Poliklinik Penawar. Syakira pada awalnya berasa was-was mengenai rawatan ini, tetapi dia cuba memujuk hatinya.


Maka, Syakira membuat keputusan untuk pergi ke Poliklinik Penawar untuk berbincang dengan pakar mengenai prosedur pada keesokan harinya. Saya membawa Syakira bertemu dengan Puan Aduna dan beliau disarankan untuk mencuba Bioptron Terapi Cahaya sebanyak tiga kali. Bioptron Terapi Cahaya terbukti secara klinikal dapat melegakan sakit belakang Syakira. Hal ini kerana, menurut Syakira selepas seminggu membuat sekali rawatan dia merasakan sedikit selesa pada bahagian belakangnya. Oleh yang demikian, ia membuatkan Syakira berasa yakin untuk meneruskan rawatan ini untuk kedua dan ketiga kalinya.



“Sebelum ini, Syakira langsung tidak boleh membongkokkan kepala dan tengkuk, tetapi kesan daripada rawatan pertama sangat memberangsangkan. Maka saya pun menghabiskan rawatan tersebut seperti yang disarankan oleh Puan Aduna. Alhamdulillah, selepas menjalankan tiga kali Bioptron Terapi Cahaya kini saya sudah tidak mudah terjaga pada waktu tengah malam dan kaki saya juga turut tidak mengalami kekejangan seperti sebelumnya. Boleh dikatakan saya sudah tidak mengalami disc prolapse (prolaps cakera intervertebral). Terima kasih Marissa.”


Bagi mereka yang tidak tahu tentang Bioptron, anda dialu-alukan datang ke lokasi kami yang dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad.


**Lokasi
============================================================
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.
============================================================



Bagi yang memerlukan bantuan untuk masalah lain yang anda hadapi, hubungi kami melalui link berikut supaya konsultan kami Puan Shira dan Puan Aduna boleh memberikan anda info yang anda inginkan:




In sha Allah kami akan cuba membantu anda dengan sebaiknya agar penyakit anda dapat sembuh dan memudahkan urusan seharian anda semula.

HANYA 1 KALI RAWATAN SEGALANYA BERUBAH




“pilu hati ini melihat keadaan cucu saya Anaqi yang tidak sihat seperti bayi di luar sana. Apabila tidur malam Anaqi selalu terjaga disebabkan serangan asma dan batuk. Mujur kami bertemu dengan rawatan BIOPTRON…”


APA ITU BIOPTRON?

Bioptron merupakan sistem terapi cahaya yang inovatif. Cahaya yang digunakan bukanlah sinaran ultraviolet yang boleh memudaratkan kesihatan manusia tetapi kesan radiasinya merangsang dan mengaktifkan sistem pertahanan manusia. Malahan rawatan ini turut sesuai untuk kanak-kanak sebagai terapi dalam pelbagai keadaan seperti pediatrik perasaan, dermis, alahan, asma, dan jangkitan. Selain itu, rawatan ini juga menggalakkan penyembuhan dan ketidakselesaan pada kulit dan ia tidak tertumpu di satu kawasan sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa nenek dan ibubapa Anaqi memilih rawatan ini. 




Berat mata memandang, berat lagi hati memikul. Pada awalnya, Anaqi merupakan seorang bayi yang hanya menghidap penyakit asma sahaja tetapi tanpa diduga Anaqi turut diserang batuk. Apabila waktu malam Anaqi akan selalu terjaga dari tidur disebabkan batuk yang berterusan. Saya sangkakan itu hanya batuk biasa. Saya pun meminta menantu lelaki saya untuk pergi ke farmasi membeli ubat batuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, batuk Anaqi masih tidak sembuh juga, malahan ia menjadi batuk berkahak pula. Anak saya iaitu ibu kepada Anaqi mula risau.
.
Tanpa berfikir panjang saya terus mengajak anak saya untuk membawa Anaqi ke Poliklinik Penawar Semenyih. Semasa anak saya mengambil ubat di kaunter, maklumat tentang rawatan Bioptron terpampang di sebelah tempat duduk saya dan Anaqi. Saya pun pergi ke kaunter dan bertanya kepada mereka mengenai rawatan tersebut. Menurut mereka Bioptron adalah terapi cahaya yang merangsang dan memoduletkan proses memperbaiki dan regeneratif serta proses sistem pertahanan manusia. Terapi ini juga sesuai untuk kanak-kanak seperti Anaqi yang mengalami penyakit asma dan batuk.


Saya dan anak saya membuat temu janji bagi rawatan Anaqi. Mereka meminta kami untuk datang pada keesokan harinya pukul 10.00 pagi. Saya menemani anak dan cucu saya bertemu dengan pakar, Puan Aduna di pusat Bioptron yang terletak di sebelah Poliklinik Penawar Semenyih. Kedatangan kami disambut dengan baik dan ramah sekali. Pakar mencadangkan agar Anaqi membuat rawatan Bioptron sebanyak dua kali terlebih dahulu. Kesan daripada rawatan pertama Anaqi muntah dan mengeluarkan kahak. Alhamdulillah, semenjak itu Anaqi sudah tidak batuk lagi dan tidur pun lena sahaja.



Begitulah luahan perasaan seorang nenek yang tidak sanggup melihat keadaan cucunya Anaqi yang berusia 8 bulan tetapi telah diduga dengan pelbagai penyakit iaitu asma dan batuk. Rentetan kisah si comel Anaqi ini amat menyentuh sanubari saya, renungan matanya seakan-akan meraung meminta pertolongan agar sihat seperti bayi-bayi yang lain. Syukur ke hadrat ilahi kini Anaqi dapat merasai kehidupan yang lebih baik, sihat dan ceria setelah mencuba rawatan Bioptron di Poliklinik Penawar Semenyih.
.
Sekiranya anda ingin mencuba rawatan Bioptron segera hubungi kami atau boleh terus ke Poliklinik Penawar Semenyih. Kami sedia membantu anda.

KAMI SAYANG ANDA
See U @ Poliklinik Penawar Semenyih
Lokasi Kami Adalah DI :
=====
Poliklinik Penawar Semenyih
No 26 G, Jalan Semenyih Sentral 4
43500 Semenyih , Selangor


SEKARANG SAKIT SENDI TIDAK LAGI MEMBATASKAN PERGERAKANKU




“Aduh! Lenguhnya kaki ni…nak bangun pon sakit…”
“kalau pergi rumah kau nnti ada lif tak? aku tak larat nak naik tangga..”
“bestnya korang dapat hiking…tengok pemandangan dari atas bukit..”

*******************************************************************************
Poliklinik Penawar Semenyih mempunyai kaedah rawatan moden menggunakan Cahaya Bioptron yang dihasilkan secara semulajadi oleh matahari tanpa radiasi. Berikut adalah antara kelebihan rawatan Cahaya Bioptron.
.
==================
KELEBIHAN RAWATAN
==================
1. Selamat dan Tidak menyakitkan
2. Tidak berbau minyak
3. Tidak panas
4. Berkesan – Anda mampu merasai perbezaan selepas 1 kali rawatan
5. Rasa selesa ketika sesi rawatan
6. Harga Murah berbanding produk dan kos pembedahan
.
.
Ini adalah kisah pesakit di Poliklinik Penawar yang ingin kami kongsikan kepada anda...
.
.
Nama saya, Emy. Inilah antara keluhan saya setiap kali nak keluar enjoy dengan kawan-kawan…kekadang tu sampai rasa malu sendiri. Yelah…biasanya sakit-sakit sendi…sakit-sakit lutut ni orang-orang yang dah berusia je…padahal umur saya baru 26 tahun tapi dah macam orang tua berumur 62 tahun..adehhh..malunya tu sampai tahap terpaksa pura-pura macam tak sakit dan sampai satu tahap tu jugak rasa takot dengan sendiri..sekarang kan banyak jenis-jenis penyakit yang melibatkan sendi dan lenguh..dan saya ni seorang yang tak suka minum susu…saya pon cerita dekat mak pasal rasa sakit ni dan mak suruh pergi klinik untuk buat checkup.
.
.
Malam tu, saya pon search pasal sakit sendi,symptom, dan cara nak rawat sakit ni…sakit sendi ni berpunca dari lapisan tisu luaran,otot,ligament,sendi atau pangkal saraf. Jadi, saya pun ambil keputusan untuk ke klinik jumpa doktor untuk dapatkan info yang lebih detail mana la tahu sebelum ni ada terseliuh atau ada otot saya yang terkoyak yang saya tak tahu... Alhamdulillah, Doktor cakap takde apa yang serius dan badan saya hanya terlalu letih dan berat badan yang berlebihan dari ketinggian sebab tu sendi-sendi rasa lenguh dan doktor hanya bagi krim untuk sapu pada bahagian yang sakit dan paracetamol…jadi, saya pon berdiet la juga dan guna ubat yang doktor bagi tapi, tahan sekejap je la…lepas tu lenguh lagi..sakit lagi…
.
.
Pada hari minggu, tengah-tengah duk kemas rumah…turun naik tangga, panjat sana sini nak pasang langsir. maklumlah adik-beradik lelaki takde…terpaksa lah saya yang ambil alih…habis lenguh sendi-sendi ni…tetiba kawan mak datang kat rumah duk bercerita pasal itu ini…dan entah macamne saya terdengar yang mak bercerita dekat kawan dia pasal sakit lenguh saya ni..saya pon biarkan je la..tak elok menyampuk orang tua duk bercakap ni…malam tu, mak masuk bilik dan bagitahu kawan mak yang datang petang tadi cadangkan untuk dapatkan rawatan di bioptron. Jadi, hujung minggu ni, kami akan pergi ke bioptron di semenyih untuk jumpa pakar kat sana bagi rawat sakit lenguh saya ni sebagai ikhtiar cara moden.
.
.
Setibanya kami di bioptron, waktu tu dalam jam 10.30 pagi kami disambut dengan ceria dan ramah oleh pakar disana…dilayan seperti tetamu dan rasa tenang je perasaan bila masuk kt dalam biptron ni…rasa macam dalam rumah sendiri…saya buat sesi pendaftaran, buat checkup dengan doktor pakar sekejap…dan dia minta saya untuk tunggu sebentar di luar bersama mak. kemudian doktor pakar tersebut datang pada kami dan terangkan serba sedikit berkaitan prosedur rawatan pada kami.
.
.
“Nasib baik, puan bawa anak puan ke sini dengan cepat. Sakit-sakit lenguh sendi ni kalau tak dirawat dengan cepat, boleh menyebabkan terjadinya Osteoarthritis dimana akan terdapat kemusnahan pada rawan yang menyelaputi sendi-sendi dan usaha untuk ubatinya menjadi sukar. Jadi, kami menggunakan kaedah fisioterapi menggunakan cahaya bioptron tanpa radiasi sebagai rawatan alternative dimana cahaya bioptron ini akan dipancarkan ke kawasan yang sakit bagi menghilangkan rasa sakit dan keradangan urat saraf serta melancarkan laluan saraf dan melegakan reseptor kesakitan.”
.

.
Tanpa berfikir panjang saya dan mak terus bersetuju untuk membuat rawatan dengan segera pada hari tu juga. Semasa sesi rawatan dilakukan, doktor pakar begitu teliti dan sangat lembut cara layanannya. Setelah lampu bioptron dipancarkan ke bahagian yang lenguh dan sakit, saya tak merasakan sakit dan rasa suam-suam kuku je tapi sangat selesa. kini, saya melakukan rawatan tersebut 3 kali berturut-turut untuk setiap minggu dan alhamdulillah pergerakan saya sekarang dah tak terbatas macam dulu lagi dan sendi-sendi dah tak sakit. Saya bersyukur akhirnya saya dah boleh keluar enjoy dengan kawan dan hiking! Terima kasih pada doktor pakar bioptron dan juga kawan mak sebab cadangkan tempat terapi tersebut.
.
.
Begitulah al-kisah pesakit kami. Sebarang info anda boleh refer pada link di bawah ni J

.
.
TERIMA KASIH  :)
P/S: Share jika bermanfaat ya 
😊

HANCUR IMPIAN SAYA NAK JADI PEMAIN RAGBI SKUAD KEBANGSAAN


HANCUR IMPIAN SAYA NAK JADI PEMAIN RAGBI SKUAD KEBANGSAAN

.
.
Sakit tidak perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Terapi Cahaya BIOPTRON melegakan kesakitan dengan berkesan dan selamat dari kecederaan sukan, arthritis, sakit belakang, leher, dan penyakit lain.

Rasa lebih baik dengan hanya sepuluh minit rawatan Terapi Cahaya BIOPTRON setiap hari yang menargetkan titik-titik sakit. 100% selamat untuk semua jenis kulit dan tanpa kesan sampingan yang diketahui.


Klinikal terbukti dan disahkan untuk rawatan perubatan, terapi cahaya polarisasi BIOPTRON menembusi jauh ke dalam tisu mempercepatkan penyembuhan, secara radikal mengurangkan keradangan dan menggalakkan peredaran darah.
.
.


                                                             sekadar gambar hiasan
.
.
.
Saya merupakan seorang pemain sukan ragbi dan telah mula berkecimpung dalam sukan ragbi sejak peringkat sekolah dan masih bermain sehingga kini. Saya mempunyai impian untuk bermain sukan ragbi bersama skuad kebangsaan Malaysia sejak dari dulu lagi tapi impian itu telah pun terkubur.

.
Saya mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius semasa bermain dalam pertandingan ragbi tahun lalu. Dalam pasukan ragbi, saya memegang posisi sebagai ‘hooker’ iaitu suatu posisi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk cedera kerana posisi ini memerlukan saya duduk di barisan hadapan untuk merebut bola ragbi.
.
.
Saya telah menjalani ujian ACL, ligamen anterior cruciate khusus di hospital kerajaan untuk pemeriksaan yang lebih lanjut di bahagian lutut saya. Ligamen saya di regangkan untuk mengesan ketidakstabilan ACL di dalam lutut.
.

Disebabkan kecederaan yang saya alami, jurulatih pasukan saya telah meminta saya untuk mempertimbangkan niat saya untuk terus bermain sukan ini kerana takut kesan jangka masa panjang yang boleh membuatkan saya lumpuh. Perasaan saya ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewa dan sedihnya saya jika betul saya tidak dapat lagi bermain sukan yang saya minati dari kecil.
.
.


.
.
Sejak saya mengalami kecederaan ini, kehidupan seharian saya semakin sulit untuk saya jalani. Lebih-lebih lagi jika saya ingin keluar menemani ibu saya membeli barang basah untuk kedai makannya. Apabila saya ingin menunaikan solat, saya terpaksa solat secara duduk di atas kerusi. Hal ini membuatkan saya malu dengan diri saya sendiri kerana saya masih muda tetapi menggunakan kerusi untuk menyelesaikan ibadah wajib.

.
Ibu saya perasan yang saya tidak seperti dulu, seorang yang ceria dan suka membuat lawak untuk menceriakan suasana walaupun hanya kami berdua sahaja di rumah. Melihat keadaan saya yang sukar untuk pergi ke kelas dan kadang sering termenung, ibu banyak bertanya kepada jiran tetangga dan keluarga terdekat mengenai masalah saya.

.
.


.


Ayah saudara saya yang dulunya mempunyai luka besar akibat daripada penyakit kencing manis beliau pernah mendapatkan rawatan di Poliklinik Penawar di Semenyih. Rawatan yang beliau dapatkan adalah terapi cahaya bioptron iaitu suatu rawatan yang menggunakan cahaya untuk merawat pelbagai jenis kecederaan.
.

(pic)

.
Setelah ibu mengetahui ada cara untuk merawat kecederan saya, ibu dengan segera menyarankan saya untuk pergi ke Poliklinik Penawar untuk mendapatkan rawatan walaupun pada mulanya saya tidak begitu yakin dengan rawatan yang ibu cakapkan tetapi demi impian saya, saya pergi juga.
.

Sampainya saya di Poliklinik Peanawar, saya diperiksa terlebih dahulu oleh doktor untuk memeriksa keadaan kecederaan saya sebelum beliau menyerahkan saya kepada petugas di bahagian tersebut. Sambil-sambil saya diberikan rawatan bioptron, petugas si situ banyak bercerita dengan saya mengenai pesakit-pesakit sebelum ni yang ada lagi teruk keadaannya daripada saya.

 .

Di samping itu, saya juga mengetahui bahawa rawatan bioptron ini membantu pengaliran darah di bahagian yang di rawat, menghasilkan pembentukan sel kulit baru yang menggantikan sel kulit yang mati atau rosak serta dapat mematikan kuman sekitar luka.

.
Saya bersyukur saya tahu rawatan ini lebih awal kerana rawatan ini tidak menyakitkan malah tidak nmemakan masa yang lama untuk saya kembali sihat seperti biasa. Kini, saya sudah mula perlahan-perlahan melakukan senaman ringan dan berjoging pada waktu pagi. Saya tidak sabar untuk kembali bermain untuk pasukan saya. Sedikit masa lagi yang saya perlukan untuk kaki saya betul sihat. Saya telah pun menyakinkan jurulatih pasukan saya bahawa saya masih berminat dan boleh untuk terus bermain.
.

Terima kasih sangat kepada mereka yang membantu saya terutama kepada ibu saya yang selalu ada untuk saya. Terima kasih.
.



.


Apa itu ligamen lutut?
.
Ligamen adalah jalur pendek tisu penghubung berserabut yang terdiri daripada molekul kolagen yang panjang dan berlapis. Ligamen merupakan penyambung tulang ke tulang yang lain dan sekitar sendi. Ligamen tidak menyambung otot ke tulang (itu merupakan fungsi tendon). Ligamen mengehadkan pergerakan sendi atau menghalang pergerakan tertentu sama sekali.
.


Penyebab kecederaan ligamen lutut
.
Kecederaan ligamen boleh terjadi melalui perubahan arah yang mendadak atau secara tiba-tiba, melakukan pendaratan yang salah ketika melompat atau mendarat secara kuat di lutut. Insiden seperti ini kerap berlaku bagi mereka yang melakukan sukan dan aktivi yang lasak. Kelemahan otot atau ketidaksamaan menjejaskan fungsi lutut.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bioptron Centre kami dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Lokasi kami di:
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.
Bagi yang memerlukan bantuan untuk masalah yang anda hadapi, hubungi kami melalui talian/link berikut supaya konsultan kami boleh memberikan anda info yang anda inginkan:
.
PN SHIRA📞
http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron
.
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES


"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.."

*************************************************************************************************

Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes.
Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih.
.
.

Puan Sarah yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Beliau juga dibebani dengan masalah tulang ibu jari kaki dan disahkan mengalami jangkitan kuman (osteomyelitis) yang menyukarkan beliau untuk menguruskan diri dan keluarga.

Suami beliau Encik Hamid berkata, isterinya mula menghidap kencing manis sejak lebih lima tahun lalu namun menjadi lebih kronik sekitar dua bulan ini. Tambahnya, dahulu kaki kiri isterinya berkudis dan mengeluarkan lendir nanah tetapi sudah bertambah baik dan kini keadaan berubah apabila kuman telah menyerang sebelah kanan pula hingga menyebabkan kakinya berlubang dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

"Kat hospital doktor kata nak potong kaki isteri saya tapi saya sepakat dengan keluarga nak bawa balik rumah dan cuba rawatan lain termasuk homeopati dan ubat-ubatan dari hospital.

"Sekarang ni pun dia kena tidur dalam kelambu sebab lalat selalu hinggap kat luka yang bernanah dan menampakkan isi," katanya.

Encik Hamid melakukan dressing ke atas luka kaki isterinya setiap hari kerana kos dressing di klinik agak mahal dan beliau tidak mampu kerana pembersihan luka terutama yang telah dijangkiti juga mesti dilakukan setiap hari supaya tidak terkena sebarang infeksi. Tetapi malang tidak berbau, kaki isteri Encik Hamid semakin parah kerana cara pembersihan suaminya tidak sebersih di hospital kerana peralatan dan ubat yang digunakan oleh beliau berbeza dengan hospital.

Jelasnya, isterinya itu sudah tiada kudrat untuk bergerak dan perlu dipakaikan lampin pakai buang dan hanya dibawa mandi ke bilik air seminggu sekali sahaja.

"Luka dia tak boleh kena air sangat sebab nanti berair lagi lambat nak kering, jadi saya hanya lap-lapkan saja badan dia dengan kain basah.

"Bila datang rasa denyut kat tempat luka, saya akan cuba tenangkan dia, saya nak picit beria pun tak boleh sebab sakit," katanya.

"Saya tak sanggup tengok dia menderita macam tu, kesian kat anak-anak yang masih kecil rindu nak manja-manja dengan ibu dia. Saya mula mencari alternatif. Kebetulan seorang sahabat memberitahu tentang kaedah Bioptron bagi merawat luka menggunakan cahaya je. Saya mulanya taknak percaya kerana rawatan tu mcam tak masuk akal, yela sebab merawat menggunakan cahaya je kan. Saya terus menelefon pihak Klinik Penawar dan membuat appointment untuk berjumpa dengan doktor untuk penjelasan lebih lanjut," katanya lagi.


http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron


Seperti lazimnya, sesiapa juga yang pertama kali mengalami masalah begini akan ragu-ragu dengan rawatan yang disediakan. Namun setelah di beri penerangan dan meneliti kaedah rawatan, Encik Hamid bersetuju untuk membawa isterinya membuat rawatan Bioptron.

Selepas doktor meneliti luka di kaki Puan Sarah, rawatan telah dimulakan dengan pengambilan antibiotik, kemudian sesi dressing di bahagian luka dilakukan. Kemudian cahaya laser Bioptron akan ditumpukan pada bahagian luka pesakit. Perubahan itu bukanlah serta merta luka akan kering dan sembuh, pesakit perlu menjalani beberapa kali rawatan bergantung kepada keadaan pesakit sendiri dan dari segi penjagaan, pemakanan dan lain-lain.

Alhamdulillah hasil selepas menjalani beberapa kali rawatan, luka di kaki Puan Sarah mula mengering dan bau luka akibat jangkitan kuman juga hilang. Isi di bahagian yang luka mula kemerahan menunjukkan perubahan yang positif dan aliran darah di kawasan tersebut mula berfungsi semula dengan baik.



Begitulah perkongsian cerita dari pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama ataupun sesiapa sahaja di sekeliling anda yang mengalami masalah seperti ini sila hubungi kami pada nombor yang tertera atau tekan link dibawah untuk FAST RESPOND. Insya Allah kami akan membantu anda :)
                                                      

http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron


Bagi yang masih belum tahu, rawatan Bioptron kami berfungsi untuk:
.
👉 Mematikan kuman & mengaktifkan sel baru
👉 Merawat ruam, kudiss dan ekzema
👉 Merawat sakit belakang, sendi dan saraf
👉 Merawat gastrik
👉 Mengecutkan buasir dan sebagainya
.
.
.
Bioptron Centre kami dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Lokasi kami di:
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.
Bagi yang memerlukan bantuan untuk masalah yang anda hadapi, hubungi kami melalui talian/link berikut supaya konsultan kami boleh memberikan anda info yang anda inginkan:
.
PUAN SHIRA📞
http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron
.
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron



http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron


“ALHAMDULILLAH MUJUR ADA BIOPTRON..”


Di dalam bilik ku terdengar abah mengucapkan syukur :) 

"Alhamdulillah.. mujur ada bioptron"

Namaku Nisa, anak tunggal dalam keluarga. Aku tinggal bersama bapaku yang bernama Hassan semenjak ibuku meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Abah lah yang menjadi ayah dan ibuku semenjak ibu meninggal sehinggalah sekarang. Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini abah sering mengadu tentang sakit yang dihidapinya semakit menjadi-jadi.

Gout, abah menderita sakit gout semenjak 8 tahun yang lalu. Abah bergantung dengan ubat hospital dan urutan tradisional sebagai ikhtiar untuk mengurangkan sakit abah. Saya juga bertegas dengan abah terutama dalam pantang pemakanannya. Abah dilarang sama sekali untuk makan sebarang jenis kekacang seperti kacang tanah, kacang merah dan segala jenis kacang, jeruk, makanan segera seperti KFC, minuman bergas, minuman yang mengandungi kafein dan macam-macam lagi kerana ia menyebabkan sakit gout abah menjadi semakin kronik. 

Pada suatu hari abah teringin memakan sesuatu dan meminta kepada saya “Nak.. abah teringinnnn nak makan kepci” kata abah dengan sengaja nada teringin itu dipanjangkan.  Aku pun berusaha memujuk abah dengan mengatakan kesan yang bakal abah alami bila dia makan makanan segera seperti KFC tu. Abah tetap berdegil mahukan KFC yang digemarinya iaitu set ayam “snake plate”. Aku yang kasihan melihat abah pun [ergi membeli KFC yang diinginkannya . “Mungkin sekali makan je ni takpe kot” kataku dalam hati. Aku pun belikanlah untuk abah KFC yang diinginkannya. Berselera sungguh abah makan sehingga menjilat jari gitu.

Keesokan harinya, abah sudah tidak mampu berjalan lagi kerana kakinya sudah mula membengkak dan mengeras padahal sebelum itu, abah masih boleh berjalan seperti sedia kala.



Saya yang panik terus mencari solusi untuk sakit gout abah. Saya google rawatan yang cepat dan berkesan  bagi mengurangkan sakit gout dan mata saya tertarik dengan satu page Facebook yang menawarkan rawatan pencahayaan BIOPTRON bagi mengurangkan sakit gout. Setelah mengkaji serba sedkit mengenai apa itu bioptron ini barula saya tau bahawa ia adalah rawatan dihasilkan secara semulajadi oleh matahari tanpa radiasi. Teknologi ini telah dihasilkan dari Switzerland dan boleh menyembuhkan banyak jenis penyakit termasuk gout. Tanpa membuang masa saya pun terus menghubungi poliklinik penawar Semenyih dan set temujanji dengan doktor untuk abah pada hari esoknya. 



Keesokan hari saya dan abah pergi ke poliklinik penawar Semenyih untuk rawatan lanjut. Selepas mendapatkan rawatan daripada doktor di sini, abah dibawa ke pusat bioptron bersebelahan dengan klinik ini. Abah dinasihatkan untuk menjalani 7 kali rawatan bioptron dan dalam masa yang sama abah juga mestilah mengambil ubat tahan sakit yang telah diberikan doktor mengikut dos yang telah ditetapkan. Setelah dalam 3 bulan abah menjalani rawatan ini, abah dah boleh mula berjalan semula.

Ketika abah berada di dalam biliknya, ku terdengar abah berdoa dan mengucapkan syukur 
"Alhamdulillah.. mujur ada bioptron"




“SUDAH BERHARI-HARI ADIK ANAQI MENDERITA TAK TIDUR MALAM, IBU SANGKAKAN ADA GANGGUAN RUPA-RUPANYA…."


Uwekkk!!! uwekkk!!! uwekkkkk!!!!

*Tangisan adik anaqi kedengaran begitu keras seperti menahan kesakitan yang teramat sangat*
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Anaqi bin Fazil atau dikenali sebagai baby Anaqi merengek setiap malam dan tidak dapat tidur dengan lena. Puan Marya iaitu ibu kepada baby Anaqi, tidak senang hati melihat keadaan anak kecil nya itu seperti kesakitan dan tidak selesa. Dia pun mencari punca anaknya menjadi sebegitu. Beliau menyapu minyak kembung perut dan membaca ayat-ayat pendinding kerana khuatir terdapat gangguan lain yang menggangu anak kecilnya. Malangnya baby Anaqi tetap merengek dan menangis seperti selalu. Beliau semakin gelisah memikirkan keadaan anak kecilnya itu.
Keesokan harinya sedang Puan Marya sedang memandikan anak kecilnya, beliau dapati banyak ruam-ruam merah beserta putih yang menunjukkan jangkitan kuman telah berlaku di bahagian tengkuk anak kecilnya itu.


 Akhirnya, Puan Marya mengetahui punca sebenar masalah anaknya, Anaqi. Puan Marya pun tanpa melengahkan masa menghubungi suaminya, Encik Fazil yang bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik kerajaan. “Abang, saya dah tau punca anak kita merengek setiap malam disebabkan apa.” Kata Puan Marya. “Apa dia sayang? Anak kita tersampuk jerangkung ke?” tanya suaminya cemas. “Ish abang ni. Bukan lah!” kata Puan Marya kemudian dia pun menceritakan kesakitan yang ditanggung anaknya itu kepada suaminya.

Suaminya yang cemas terus bergegas menanyakan kepada rakan-rakan sekerjanya tentang rawatan yang sesuai bagi sakit anaknya, Anaqi. Encik Hairul yang juga pembantu perubatan di situ menjawab “Haa.. Zil apa kata kau bawak anak kau pergi buat buat rawatan bioptron di poliklinik penawar Semenyih tu”. Encik Fazil kehairanan dan bertanya “Apa ron?” tanya nya. “Bioptron!!” jawab kesemua staf yang berada di situ serentak. “Rawatan apa tu? Kenapa aku tak pernah dengar ya?” tanya Encik Fazil. “Cahaya Bioptron ialah peralatan perubatan yang memancarkan cahaya yang dihasilkan secara semulajadi oleh matahari tanpa radiasi. Teknologi ini telah dihasilkan dari Switzerland dan boleh menyembuhkan banyak jenis penyakit termasuk ruam-ruam pada bayi”. Jawab Encik Hairul.


Dalam sekelip mata Encik Fazil sudah hilang di hadapan mereka kerana dengan sepantas kilat dia bergegas pulang ke rumah untuk membawa anaknya ke Poliklinik Penawar Semenyih dan mendapatkan rawatan Bioptron.
Sesampai di klinik, Encik Fazil, Puan Marya dan adik Anaqi disambut mesra oleh staf-staf di Poliklinik Penawar. Encik Fazil menceritakan masalah yang dihadapi anak kecilnya itu kepada pembantu perubatan poliklinik penawar yang bernama Puan Azura. Puan Azura membawa anak kecil  mereka untuk pemeriksaan doktor sebelum memulakan rawatan. Kemudian, selepas pemeriksaan doktor, adik Anaqi dibawa ke pusat bipotron untuk memulakan rawatan.


Alhamdulillah selepas 5 kali rawatan ruam-ruam merah di tengkuk adik Anaqi sembuh sepenuhnya dan adik Anaqi dapat tidur lena setiap malam dan bermimpi indah. Encik Fazil dan Puan Marya sangat bersyukur dan teruja dengan rawatan canggih bioptron kerana kini, mereka semakin tenang dan gembira dengan perubahan adik Anaqi yang semakin ceria dan tidak menangis lagi.
Bagi yang masih belum tahu, mesin Bioptron kami berfungsi untuk:
.
-Mematikan kuman & mengaktifkan sel baru
-Merawat ruam, kudiss dan ekzema
-Merawat sakit belakang, sendi dan saraf
-Merawat gastrik
-Mengecutkan buasir dan sebagainya
.
.


.
Bioptron Centre kami dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Lokasi kami di:
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.
Bagi yang memerlukan bantuan untuk masalah yang anda hadapi, klik di bawah melalui talian/link berikut supaya konsultan kami boleh memberikan anda info yang anda inginkan: