Isnin, 26 Ogos 2019

ALHAMDULILLAH DARI 6 BULAN KE 1 BULAN



DOKTOR JANGKA ENAM BULAN BARU SEMBUH, TAPI ALHAMDULILLAH DALAM SEBULAN SAJA LUKAA SAYA SUDAH TERTUTUP DAN HAMPIR KERING SEPENUHNYA!

   

sebelum rawatan cahaya bioptron



selama sebulan rawatan
 cahaya bioptron dilakukan

Image result for tekan sekarang.gif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Poliklinik Penawar Semenyih nak kongsikan pula kepada anda tentang seorang pesakit kami yang telah menjalani rawatan bioptron selama lebih kurang sebulan di sini.
.
Beliau bernama Encik Amir dan beliau membuat rawatan di sini setelah menjalani pembedahan di belakang tengkuknya. Beliau membuat rawatan di sini atas saranan anaknya.
.
Pada awalnya, beliau mendapati di bahagian belakang tengkuknya terdapat biji-biji kecil. Boleh dikatakan ianya adalah seperti bisul. Dan para perawat mendapati bisul itu sebenarnya telah pun merebak dan perlu dibuang segera.
.
Beliau telah ditempatkan di bahagian ICU dan setelah keluar daripada wad, beliau terus mendapatkan rawatan di Bioptron Centre Poliklinik Penawar Semenyih. Segala urusan telah diselesaikan oleh anaknya dan beliau telah membuat rawatan untuk setiap hari di sini. Pada awalnya, doktor di hospital kerajaan menjangkakan beliau akan sembuh dalam jangka masa tiga ke enam bulan. Tetapi alhamdulillah setelah membuat rawatan lebih kurang sebulan di sini, lukanya hampir sembuh dan hampir tertutup sepenuhnya.
.
Satu lagi hal yang penting untuk diingatkan kepada semua, mesin bioptron kami boleh membantu sebagai rawatan alternatif, tetapi pihak anda juga perlu memainkan peranan. Pesakit bukan sahaja perlu, malah wajib untuk memakan ubat yang disediakan serta menjaga pemakanan seharian agar tidak semakin menjejaskan keadaan penyakit kencing manis yang anda hidapi.
.
Seperti Encik Amir, pada awalnya beliau sememangnya sudah mengetahui tentang penyakit kencing manis yang dihidapinya, tetapi beliau tidak menjaga pemakanan. Itulah yang menjadi masalah sebelum ini. Walau bagaimanapun, setelah pembedahan dilakukan, anaknya amatlah tegas dalam memastikan Encik Amir menjaga pemakanannya serta mengambil ubat yang disediakan. Itulah antara faktor yang terpenting dalam proses penyembuhan penyakitnya. Selain itu, Encik Amir sememangnya datang ke sini pada setiap hari tanpa melangkau hari. Ini menambah tahap efisien rawatan ini terhadap luka.
.
Bagaimana rawatan kami hendak membantu mempercepatkan proses penyembuhan jika pihak anda sendiri tidak menjaga pemakanan yang sememangnya akan menyebabkan luka yang ada bukan sahaja susah hendak sembuh, malah boleh menyebabkan luka semakin teruk.

Jom Dengarkan Temuramah Pesakit kita Encik Amir dan consultant kesihatan kita Puan Aduna





Image result for tekan sekarang.gif

.

Bagi yang masih belum tahu, mesin Bioptron kami berfungsi untuk:
.
 Mematikan kuman & mengaktifkan sel baru
 Merawat ruam, kudiss dan ekzema
 Merawat sakit belakang, sendi dan saraf
 Merawat gastrik
 Mengecutkan buasir dan sebagainya
.
.
.
Bioptron Centre kami dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Lokasi kami di:
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.
Bagi yang memerlukan bantuan untuk masalah yang anda hadapi, hubungi kami melalui talian/link berikut supaya konsultan kami boleh memberikan anda info yang anda inginkan:
.
PN SHIRA📞
http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron
.
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron
.
.
In sha Allah kami akan cuba membantu anda dengan sebaiknya agar penyakit anda dapat sembuh dan memudahkan urusan seharian anda semula.



Image result for tekan sekarang.gif





CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!



BUKAN SEMUA KETULAN PAYUDARA ADALAH KANSER 


No photo description available.

Pembentukan ketulan pada payudara adalah gejala yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Kebanyakan daripada ketulan ini mudah dirawat atau di dalam kebanyakan kes, ia tidak memerlukan sebarang pembedahan dan memadai untuk dipantau oleh pesakit sahaja. Ini disebabkan kebanyakan daripada ketulan tiada risiko untuk menjadi kanser payudara. Bagaimanapun, sering kali kaum wanita menjadi resah apabila menyedari terdapat ketulan atau bonjolan di buah dada mereka.
.

Disebabkan penyebaran maklumat kesihatan melalui media yang banyak memberi penekanan terhadap barah payudara, maka kebanyakan mereka ini tidak berani berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Sebenarnya sebanyak 80-85 peratus daripada ketumbuhan pada payudara adalah bersifat benigna, iaitu tidak mempunyai ciri-ciri kanser dan membesar dengan kadar yang perlahan, terutama pada wanita yang berusia di bawah 40 tahun.
.

Walaupun begitu, sekiranya anda mempunyai ketulan pada payudara, perlu menjalani pemeriksaan pihak doktor untuk memastikan ianya ketulan dari jenis bukan kanser. Terdapat banyak jenis ketulan payudara bersifat bukan kanser. Antara ciri-ciri penting adalah ketulan pada payudara ini akan berubah mengikut kitaran haid masing-masing. Ketulan ini akan membesar pada waktu haid dan mengecil pada waktu yang lain.

.

Image result for TEKAN SEKARANG.GIF
.

Pada kebiasaannya, mereka akan merasakan sakit pada buah dada tersebut semasa haid datang. Dua jenis ketulan yang biasa dialami wanita terutama yang masih muda adalah fibroadenoma dan perubahan fibrosista (fibrocystic) pada payudara. Fibroadenoma adalah gejala payudara yang paling kerap pada wanita muda. Dalam kebanyakan kes, fibroadenoma ini tidak memerlukan rawatan kerana ia mempunyai kadar pembesaran yang perlahan dan bersaiz kecil sahaja (kurang 2 sentimeter (cm)). Dalam beberapa kes, ketulan ini boleh mengecut dan hilang tanpa rawatan. Sekiranya ketulan ini bersaiz melebihi dari 3 cm, fibroadenoma boleh dikeluarkan melalui pembedahan yang ringkas dan mudah tanpa perlu bermalam di hospital. Fibroadenoma tidak bersifat seperti kanser payudara, yang tumbuh lebih besar dari semasa ke semasa dan boleh menyebar ke organ lain, tetapi ia kekal di dalam tisu payudara. Biasanya, fibroadenoma tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ia berbentuk bulat atau bujur, kenyal dan bergerak di sekeliling kulit sekiranya disentuh. Sekiranya doktor merasakan bahawa ia adalah ketulan fibroadenoma, beberapa pemeriksaan tambahan perlu dilakukan termasuklah pemgimejan ultrasound dan pengambilan sampel tisu dari ketulan tersebut.
.

Fibrosista adalah perubahan payudara yang lebih disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh.Perubahan fibrosis ini adalah pembentukan tisu penghubung tambahan pada payudara dan ia adalah tisu yang sama yang membentuk ligamen dan tisu parut. Kebanyakan daripada perubahan fibrosis ini terjadi pada wanita yang berusia antara 30 hingga 60 tahun. Sista (cystic) pula adalah kantung berisi cecair kecil, yang biasanya bulat dan boleh bergerak pada sekitar payudara anda.
.

Kelazimannya sista-sista ini bersaiz kecil (kurang daripada 1 cm) dan wanita akan merasakan ketulan kecil pada payudaranya. Mereka akan sering rasa sakit pada waktu kitaran haid akibat pengaruh hormon kerana pada waktu ini, sista ini akan membesar. Selalunya pembentukan sista ini lebih berhubung kait dengan perubahan fibrosis dan kehadiran kedua-dua bentuk perubahan ini dipanggil fibrosista pada payudara. Payudara yang mempunyai perubahan ini akan berasa lebih padat dan keras. Ia tidak memerlukan sebarang rawatan atau pembedahan.
.

Perubahan ini juga tidak membawa risiko kepada kanser payudara melainkan sekiranya ia dalam bentuk kompleks fibrosista, yang mana sista tersebut mengandungi gabungan cecair dan tisu di dalamnya. Dalam hal ini, ketulan tersebut mesti diambil sampelnya kerana mempunyai risiko kanser yang rendah. Dalam hal di atas, kedua-dua jenis ketulan tersebut tidak dapat dipastikan punca terjadinya perubahan tersebut.
.

Doktor mengandaikan, ia berpunca daripada perubahan hormon semasa kitaran haid. Walau pun kedua-duanya tidak membawa risiko kanser atau risiko yang kecil sahaja, wanita yang mempunyai ketulan ini wajib pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan ia bukan kanser dan mendapatkan pandangan tentang rawatan seterusnya.
.

Jika anda merasakan payudara anda mengalami masalah seperti yang di atas bolehlah terus menghubungi dan mendapatkan rawatan di POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH. Kami sedia memberikan khidmat terbaik buat anda. 

.
Image result for TEKAN SEKARANG.GIF
.