Pengenalan Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal. Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”. Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik. Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia adala
No 26 G jln Semenyih Sentral 4 Semenyih Sentral 43500 Semenyih Selangor Tel : 03 8723 1719 Fax : 03 8724 9561 email : poliklinik.penawar@gmail.com