Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Ultrasound 3D Scan

Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah.  Skan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak.  Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.    Skan 3-D semasa 14 minggu  Anda mungkin menunggu-nunggu skan pertama anda, tetapi menjadi kecewa apabila melihat rangka kelabu kabur yang merupakan imej dua-dimensi yang biasa. Ini disebabkan skan terus menembusi bayi, jadi foto-foto itu menunjukkan organ-organ dalaman bayi.  Dengan skan 3-D dan 4-D, anda akan lihat kulit bayi menutupi organ-organ dalamannya.  Anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau abah.  Skan 3-D semasa 26 minggu  Dari kaca mata perubatan, manfaat skan 3-D dan 4-D agak terbatas. Ada kalanya