Langkau ke kandungan utama

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!



BUKAN SEMUA KETULAN PAYUDARA ADALAH KANSER 


No photo description available.

Pembentukan ketulan pada payudara adalah gejala yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Kebanyakan daripada ketulan ini mudah dirawat atau di dalam kebanyakan kes, ia tidak memerlukan sebarang pembedahan dan memadai untuk dipantau oleh pesakit sahaja. Ini disebabkan kebanyakan daripada ketulan tiada risiko untuk menjadi kanser payudara. Bagaimanapun, sering kali kaum wanita menjadi resah apabila menyedari terdapat ketulan atau bonjolan di buah dada mereka.
.

Disebabkan penyebaran maklumat kesihatan melalui media yang banyak memberi penekanan terhadap barah payudara, maka kebanyakan mereka ini tidak berani berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Sebenarnya sebanyak 80-85 peratus daripada ketumbuhan pada payudara adalah bersifat benigna, iaitu tidak mempunyai ciri-ciri kanser dan membesar dengan kadar yang perlahan, terutama pada wanita yang berusia di bawah 40 tahun.
.

Walaupun begitu, sekiranya anda mempunyai ketulan pada payudara, perlu menjalani pemeriksaan pihak doktor untuk memastikan ianya ketulan dari jenis bukan kanser. Terdapat banyak jenis ketulan payudara bersifat bukan kanser. Antara ciri-ciri penting adalah ketulan pada payudara ini akan berubah mengikut kitaran haid masing-masing. Ketulan ini akan membesar pada waktu haid dan mengecil pada waktu yang lain.

.

Image result for TEKAN SEKARANG.GIF
.

Pada kebiasaannya, mereka akan merasakan sakit pada buah dada tersebut semasa haid datang. Dua jenis ketulan yang biasa dialami wanita terutama yang masih muda adalah fibroadenoma dan perubahan fibrosista (fibrocystic) pada payudara. Fibroadenoma adalah gejala payudara yang paling kerap pada wanita muda. Dalam kebanyakan kes, fibroadenoma ini tidak memerlukan rawatan kerana ia mempunyai kadar pembesaran yang perlahan dan bersaiz kecil sahaja (kurang 2 sentimeter (cm)). Dalam beberapa kes, ketulan ini boleh mengecut dan hilang tanpa rawatan. Sekiranya ketulan ini bersaiz melebihi dari 3 cm, fibroadenoma boleh dikeluarkan melalui pembedahan yang ringkas dan mudah tanpa perlu bermalam di hospital. Fibroadenoma tidak bersifat seperti kanser payudara, yang tumbuh lebih besar dari semasa ke semasa dan boleh menyebar ke organ lain, tetapi ia kekal di dalam tisu payudara. Biasanya, fibroadenoma tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ia berbentuk bulat atau bujur, kenyal dan bergerak di sekeliling kulit sekiranya disentuh. Sekiranya doktor merasakan bahawa ia adalah ketulan fibroadenoma, beberapa pemeriksaan tambahan perlu dilakukan termasuklah pemgimejan ultrasound dan pengambilan sampel tisu dari ketulan tersebut.
.

Fibrosista adalah perubahan payudara yang lebih disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh.Perubahan fibrosis ini adalah pembentukan tisu penghubung tambahan pada payudara dan ia adalah tisu yang sama yang membentuk ligamen dan tisu parut. Kebanyakan daripada perubahan fibrosis ini terjadi pada wanita yang berusia antara 30 hingga 60 tahun. Sista (cystic) pula adalah kantung berisi cecair kecil, yang biasanya bulat dan boleh bergerak pada sekitar payudara anda.
.

Kelazimannya sista-sista ini bersaiz kecil (kurang daripada 1 cm) dan wanita akan merasakan ketulan kecil pada payudaranya. Mereka akan sering rasa sakit pada waktu kitaran haid akibat pengaruh hormon kerana pada waktu ini, sista ini akan membesar. Selalunya pembentukan sista ini lebih berhubung kait dengan perubahan fibrosis dan kehadiran kedua-dua bentuk perubahan ini dipanggil fibrosista pada payudara. Payudara yang mempunyai perubahan ini akan berasa lebih padat dan keras. Ia tidak memerlukan sebarang rawatan atau pembedahan.
.

Perubahan ini juga tidak membawa risiko kepada kanser payudara melainkan sekiranya ia dalam bentuk kompleks fibrosista, yang mana sista tersebut mengandungi gabungan cecair dan tisu di dalamnya. Dalam hal ini, ketulan tersebut mesti diambil sampelnya kerana mempunyai risiko kanser yang rendah. Dalam hal di atas, kedua-dua jenis ketulan tersebut tidak dapat dipastikan punca terjadinya perubahan tersebut.
.

Doktor mengandaikan, ia berpunca daripada perubahan hormon semasa kitaran haid. Walau pun kedua-duanya tidak membawa risiko kanser atau risiko yang kecil sahaja, wanita yang mempunyai ketulan ini wajib pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan ia bukan kanser dan mendapatkan pandangan tentang rawatan seterusnya.
.

Jika anda merasakan payudara anda mengalami masalah seperti yang di atas bolehlah terus menghubungi dan mendapatkan rawatan di POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH. Kami sedia memberikan khidmat terbaik buat anda. 

.
Image result for TEKAN SEKARANG.GIF
.



Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...