Langkau ke kandungan utama

MAKAN SUPPLEMENT TAK ADA BEZA




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Untuk kali ini, kami ada perkongsian yang istimewa untuk semua. Kami ada kongsikan pengalaman seseorang yang telah menjalani DNA Hair Test di sini.


Hai semua, pertama sekali saya nak memperkenalkan diri. Nama saya Rahimah Sazali. Jadi setelah melakukan DNA Hair Test, akak nak share pengalaman tu kepada semua. Mana tahu bermanfaat untuk yang belum pernah buat.
.
Sebab utama akak datang ke Poliklinik Penawar Semenyih adalah untuk check masalah kesihatan akak. Akak ni kerja office. Masuk pukul lapan, balik pukul lima atau enam petang. Masa awal-awal dulu akak okay saja. Tapi sejak akhir-akhir ni, akak ada masalah lesu. Ingatkan mungkin terlebih kuat buat kerja ke apa, dalam dua tiga hari okaylah. Tapi masalahnyadah dekat sebulan makin teruk pula jadinya. Jadi akak pun ambiklah supplement untuk boost sikit energy. Biar tak lesu lagi. Malangnya, akak masih sama juga. Malam susah sangat nak tidur. Siang pula cepat letih. Kadang-kadang baru tiga empat jam masuk kerja, penat dia bukan main lagi macam dah seminggu tak tidur.
.
Memandangkan keadaan akak makin teruk dan supplement yang akak ambik itu pun macam tak ada effect untuk improve keadaan akak, jadi akak nak buat full check up. Takut juga ada masalah apa-apa dalam badan yang kita tak tahu.
.
Hari akak cuti, akak direct saja pergi ke Poliklinik Penawar Semenyih dan tanya terus di kaunter, dekat sana ada tak buat DNA Hair Test. Sebab akak pernah la orang buat tu sebab nak tahu pasal kesihatan dia, tapi tak tau pula dekat mana yang dia buat tu. Dan alhamdulillah memang dekat situ ada buat, jadi senanglah kerja akak. Tak perlu mencari-cari ke tempat lain pula mencuba nasib.
.
Jadi, akak tunggu nama dipanggil dan masuk ke bilik doktor. Akak pun ceritakan masalah akak, dan kemudian akak tanya pula pasal test tu. Doktor kata akak cuma perlu beri tiga helai rambut sebagai sampel. Tak perlu ambik darah apa semua. Jadi kepada sesiapa yang nak buat test ini dan takut kena inject, jangan risaulah ya. Selepas sampel rambut diambil, analisis pun dibuat.
.
Apabila result dah keluar, pihak poliklinik call akak dan akak datang semula ke sana. Result tu keluar dalam bentuk booklet. Semua details pasal tahap mineral, vitamin, antioksidan dalam tubuh dan sebagainya ada dalam tu. Apa yang akak perlu ambik dalam pemakanan, apa yang akak perlu elakkan pun ada. Dan mengikut profiler atau result akak tu, akak dapat tahu apa punca masalah akak yang sebenarnya. Dan akak juga dapat tahu yang supplement yang akak consume tu sebenarnya tak sesuai untuk akak. Sebab tu tak nampak perubahan walaupun dah habis makan semua. Dah selesai semua, akak pun terus saja balik.
.
Dengan semua yang akak baru tahu tu, barulah akak dapat tentukan supplement dan jenis ubat-ubatan apa yang akak sepatutnya ambik, dan apakah cara yang lebih sesuai untuk akak ubah diet pemakanan akak.
.
Akhir sekali, terima kasih kepada team Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu saya untuk kembali bekerja dengan cergas dan lebih bersemangat dari sebelumnya.


.
Dengan perkongsian Puan Rahimah Sazali itu, kami harap dapat kami membantu sesiapa yang turut mempunyai masalah yang sama, atau merasakan ada sesuatu yang anda ingin pastikan berkenaan keadaan kesihatan anda secara lebih mendalam. 

Anda boleh hubungi kami di link: 

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...