Langkau ke kandungan utama

"KALAU KALI INI PUN TAK JADI JUGA, SAYA TAKKAN CUBA LAGI"


Saya Azlina berumur 41 tahun. Saya ada masalah jeragat sejak beberapa tahun lalu. Adalah juga cuba beberapa produk sebelum ni, tapi tak hilang juga. Makin lama, kesan pigmentasi tu semakin bertambah di muka saya. Lagilah nampak kusam. Sampai satu tahap, saya dah putus asa nak cuba hilangkan kesan pigmentasi ni. kalau nak keluar pergi kerja ke apa, saya touch up je pakai mekap tebal-tebal. Kalau tengah kurang rajin tu, saya redah aje pergi dengan muka tanpa mekap.


.
Hujung tahun hari tu, permohonan saya untuk bertukar tempat kerja dah diluluskan. Awal tahun saya terus lapor diri di pejabat yang baru. Tak sangka sewaktu minggu kedua saya di situ, saya terserempak dengan ex-housemate saya ketika di universiti dulu. Masa belajar dulu memang rapat, tapi habis saja belajar, masing-masing makin jarang contact dan akhirmya terus lost contact. Bukan main cantik lagi dia sekarang.
.
Kami pun berbual-buallah sambil makan tengah hari tu. Sejak makin naik umur ni, nampak macam makin muda pula dia. Sambil-sambil tu, saya terus tanya dia produk apa yang dia pakai. Dia boleh pula senyum-senyum. Dia tanya saya balik, kenapa nak tahu pula. Saya katalah sebab muka saya makin teruk sekarang ni. Dia buat muka pelik pula.
.
Dia kata, teruk apanya nampak licin aje tu? Saya mampu sengih je masa tu. Saya jujur saja. Saya kata itu sebab mekap berinci-inci nak cover kesan pigmentasi ni. Dengan tona kulit yang memang tak pernah sekata. Lama dia diam. Tak tahulah apa yang dia fikir tu. Kemudian dia kata, dia ada buat rawatan.
.
Bila dia sebut saja pasal rawatan, saya jadi lemah semangat pula sebab sebelum ini ada juga saya cuba, tapi kurang menjadi. Mungkin kurang serasi dengan saya sebab ramai orang lain buat memang menjadi. Itu dia tanya saya, kenapa tiba-tiba nampak tak excited pula ni? Saya pun ceritalah serba ringkas masalah saya dengan waktu rehat yang singkat tu.
.
Dia kata kalau betul saya nak cuba, dia boleh cadangkan tempat dia buat rawatan tu. Kalau saya tak nak pergi sendiri, dia boleh tolong temankan memandangkan dia pun free saja waktu hujung minggu. Saya terus on saja. Dalam hati nak niat, kalau yang kali ini pun tak jadi juga, memang sampai bila-bila pun saya dah tak nak buat rawatan. Terima sajalah hakikat wajah bermasalah begini.
.
Pendek cerita, minggu itu dia terus hubungi tempat rawatan tu dan set tarikh appointment. Bersungguh betul dia nak tolong saya. Terharu tak usah cakaplah. Hujung minggu hadapannya tu, kami pun pergi ke pusat rawatan tu. Poliklinik Penawar Semenyih rupanya. rasa-rasanya sebelum ini pernahlah dengar juga. Cum tak terfikir nak cari tahu details dia.
.
Jadi bila di sana, saya buat analisis muka dulu untuk tahu keadaan dan masalah di wajah saya. Semasa sesi konsultasi, konsultan Marissa memang terangkan segala benda pada saya. Memandangkan sesi konsultasi tu free, saya pun ambil kesempatanlah tanya semua yang saya nak tahu. Almaklumlah, saya ni kalau betul nak tahu tentang sesuatu tu, memang saya cari sampai ke lubang cacing bak kata orang. Buka setakat permukaan saja. Sampai saya rasa semua informasi yang saya nak tu saya dapat, baru saya proceed dengan rawatan yang bersesuaian.
.
Selepas rawatan, saya boleh nampak perubahan yang amat ketara pada wajah saya berbanding dengan sebelum rawatan. Dan alhamdulillah wajah saya sekarang tak lagi nampak kusam dengan tona yang tidak sekata serta pigmentasi. Kalau nak keluar ke mana-mana pun saya rasa yakin dan bersemangat saja. Taklah jalan pun rasa nak pakai mask biar orang tak nampak muka saya. Terima kasih Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu mengembalikan keyakinan saya setelah bertahun-tahun berasa kurang yakin dengan penampilan diri.
.
Begitulah perkongsian dari Puan Azlina yang telah membuat rawatan pigmentasi di Poliklinik Penawar Semenyih dan berjaya merubah dirinya untuk menjadi lebih berkeyakinan dengan wajah yang bersih tanpa kesan pigmentasi. Semoga puan dapat mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan dengan adanya keyakinan diri yang lebih tinggi. Jika anda juga memerlukan bantuan untuk masalah pigmentasi, hubungi saja kami di Poliklinik Penawar Semenyih. Kami sedia membantu anda :)

Hubungi kami di link di bawah:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...