Langkau ke kandungan utama

PEMAKANAN SIHAT

 

PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI!
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.                       

 “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat                   
KEBAIKAN PEMAKANAN SEIMBANG

1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna.

Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.

2. Mengawal kadar obesiti.

Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk tubuh badan. Jom kita buat senaman yang sesuai untuk obesiti.

3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu

Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.

4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan.
Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada didalam badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.badan (obesiti). 

MAKANAN YANG TIDAK BERKHASIAT

1 Makanan berproses

2 Jajan/ Makanan ringan

3 Nasi putih atau tepung putih. Kenapa? Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan tenaga untuk kita bekerja. Ye memang orang tua makan nasi tapi mereka bekerja di ladang, kebun atau sawah yang memerlukan tenaga yang menggunakan seluruh tubuh badan. Tetapi kita berbeza hanya berkerja menaip dengan jari dan duduk sahaja.

4. Gula putih

" Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula putih. KANSER MEMBESAR dengan GULA PUTIH" 

6. Organ dalaman

7. Air berkarbonat

8. Makanan deep fried

9. Marjerin

Jika anda ada mengalamai sebarang masalah kesihatan. Boleh Hubungi talian kami di bawah ini untuk pertanyaan lanjut .
JOM TONTON VIDEO DI BAWAH INI MENGENAI MAKANAN BERKHASIAT & MAKANAN YANG TIDAK BERKHASIAT 


PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK TUBUH BADAN 

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng

5. Kurangkan gula.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan jika anda ada mengalamai sebarang masalah kesihatan. Boleh Hubungi talian kami di bawah ini untuk pertanyaan lanjut .





Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...