"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.."
*************************************************************************************************
Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes.
Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka
melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan
meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang
sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih.
.
.
Puan Sarah yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Beliau juga dibebani dengan masalah tulang ibu jari kaki dan disahkan mengalami jangkitan kuman (osteomyelitis) yang menyukarkan beliau untuk menguruskan diri dan keluarga..
.
Suami beliau Encik Hamid berkata, isterinya mula menghidap kencing manis sejak lebih lima tahun lalu namun menjadi lebih kronik sekitar dua bulan ini. Tambahnya, dahulu kaki kiri isterinya berkudis dan mengeluarkan lendir nanah tetapi sudah bertambah baik dan kini keadaan berubah apabila kuman telah menyerang sebelah kanan pula hingga menyebabkan kakinya berlubang dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
"Kat hospital doktor kata nak potong kaki isteri saya tapi saya sepakat dengan keluarga nak bawa balik rumah dan cuba rawatan lain termasuk homeopati dan ubat-ubatan dari hospital.
"Sekarang ni pun dia kena tidur dalam kelambu sebab lalat selalu hinggap kat luka yang bernanah dan menampakkan isi," katanya.
Encik Hamid melakukan dressing ke atas luka kaki isterinya setiap hari kerana kos dressing di klinik agak mahal dan beliau tidak mampu kerana pembersihan luka terutama yang telah dijangkiti juga mesti dilakukan setiap hari supaya tidak terkena sebarang infeksi. Tetapi malang tidak berbau, kaki isteri Encik Hamid semakin parah kerana cara pembersihan suaminya tidak sebersih di hospital kerana peralatan dan ubat yang digunakan oleh beliau berbeza dengan hospital.
Jelasnya, isterinya itu sudah tiada kudrat untuk bergerak dan perlu dipakaikan lampin pakai buang dan hanya dibawa mandi ke bilik air seminggu sekali sahaja.
"Luka dia tak boleh kena air sangat sebab nanti berair lagi lambat nak kering, jadi saya hanya lap-lapkan saja badan dia dengan kain basah.
"Bila datang rasa denyut kat tempat luka, saya akan cuba tenangkan dia, saya nak picit beria pun tak boleh sebab sakit," katanya.
"Saya tak sanggup tengok dia menderita macam tu, kesian kat anak-anak yang masih kecil rindu nak manja-manja dengan ibu dia. Saya mula mencari alternatif. Kebetulan seorang sahabat memberitahu tentang kaedah Bioptron bagi merawat luka menggunakan cahaya je. Saya mulanya taknak percaya kerana rawatan tu mcam tak masuk akal, yela sebab merawat menggunakan cahaya je kan. Saya terus menelefon pihak Klinik Penawar dan membuat appointment untuk berjumpa dengan doktor untuk penjelasan lebih lanjut," katanya lagi.
Seperti lazimnya, sesiapa juga yang pertama kali mengalami masalah begini akan ragu-ragu dengan rawatan yang disediakan. Namun setelah di beri penerangan dan meneliti kaedah rawatan, Encik Hamid bersetuju untuk membawa isterinya membuat rawatan Bioptron.
Selepas doktor meneliti luka di kaki Puan Sarah, rawatan telah dimulakan dengan pengambilan antibiotik, kemudian sesi dressing di bahagian luka dilakukan. Kemudian cahaya laser Bioptron akan ditumpukan pada bahagian luka pesakit. Perubahan itu bukanlah serta merta luka akan kering dan sembuh, pesakit perlu menjalani beberapa kali rawatan bergantung kepada keadaan pesakit sendiri dan dari segi penjagaan, pemakanan dan lain-lain.
Alhamdulillah hasil selepas menjalani beberapa kali rawatan, luka di kaki Puan Sarah mula mengering dan bau luka akibat jangkitan kuman juga hilang. Isi di bahagian yang luka mula kemerahan menunjukkan perubahan yang positif dan aliran darah di kawasan tersebut mula berfungsi semula dengan baik.
Begitulah perkongsian cerita dari pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama ataupun sesiapa sahaja di sekeliling anda yang mengalami masalah seperti ini sila hubungi kami pada nombor yang tertera atau tekan link dibawah untuk FAST RESPOND. Insya Allah kami akan membantu anda :)
Bagi yang masih belum tahu, rawatan Bioptron kami berfungsi untuk:
.
👉 Mematikan kuman & mengaktifkan sel baru
👉 Merawat ruam, kudiss dan ekzema
👉 Merawat sakit belakang, sendi dan saraf
👉 Merawat gastrik
👉 Mengecutkan buasir dan sebagainya
.
.
.
Bioptron Centre kami dibuka pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Lokasi kami di:
No.26G, Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor.
Bagi
yang memerlukan bantuan untuk masalah yang anda hadapi, hubungi kami
melalui talian/link berikut supaya konsultan kami boleh memberikan anda
info yang anda inginkan:
.
PUAN SHIRA📞http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron
.
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron