Langkau ke kandungan utama

SEKARANG SAKIT SENDI TIDAK LAGI MEMBATASKAN PERGERAKANKU




“Aduh! Lenguhnya kaki ni…nak bangun pon sakit…”
“kalau pergi rumah kau nnti ada lif tak? aku tak larat nak naik tangga..”
“bestnya korang dapat hiking…tengok pemandangan dari atas bukit..”

*******************************************************************************
Poliklinik Penawar Semenyih mempunyai kaedah rawatan moden menggunakan Cahaya Bioptron yang dihasilkan secara semulajadi oleh matahari tanpa radiasi. Berikut adalah antara kelebihan rawatan Cahaya Bioptron.
.
==================
KELEBIHAN RAWATAN
==================
1. Selamat dan Tidak menyakitkan
2. Tidak berbau minyak
3. Tidak panas
4. Berkesan – Anda mampu merasai perbezaan selepas 1 kali rawatan
5. Rasa selesa ketika sesi rawatan
6. Harga Murah berbanding produk dan kos pembedahan
.
.
Ini adalah kisah pesakit di Poliklinik Penawar yang ingin kami kongsikan kepada anda...
.
.
Nama saya, Emy. Inilah antara keluhan saya setiap kali nak keluar enjoy dengan kawan-kawan…kekadang tu sampai rasa malu sendiri. Yelah…biasanya sakit-sakit sendi…sakit-sakit lutut ni orang-orang yang dah berusia je…padahal umur saya baru 26 tahun tapi dah macam orang tua berumur 62 tahun..adehhh..malunya tu sampai tahap terpaksa pura-pura macam tak sakit dan sampai satu tahap tu jugak rasa takot dengan sendiri..sekarang kan banyak jenis-jenis penyakit yang melibatkan sendi dan lenguh..dan saya ni seorang yang tak suka minum susu…saya pon cerita dekat mak pasal rasa sakit ni dan mak suruh pergi klinik untuk buat checkup.
.
.
Malam tu, saya pon search pasal sakit sendi,symptom, dan cara nak rawat sakit ni…sakit sendi ni berpunca dari lapisan tisu luaran,otot,ligament,sendi atau pangkal saraf. Jadi, saya pun ambil keputusan untuk ke klinik jumpa doktor untuk dapatkan info yang lebih detail mana la tahu sebelum ni ada terseliuh atau ada otot saya yang terkoyak yang saya tak tahu... Alhamdulillah, Doktor cakap takde apa yang serius dan badan saya hanya terlalu letih dan berat badan yang berlebihan dari ketinggian sebab tu sendi-sendi rasa lenguh dan doktor hanya bagi krim untuk sapu pada bahagian yang sakit dan paracetamol…jadi, saya pon berdiet la juga dan guna ubat yang doktor bagi tapi, tahan sekejap je la…lepas tu lenguh lagi..sakit lagi…
.
.
Pada hari minggu, tengah-tengah duk kemas rumah…turun naik tangga, panjat sana sini nak pasang langsir. maklumlah adik-beradik lelaki takde…terpaksa lah saya yang ambil alih…habis lenguh sendi-sendi ni…tetiba kawan mak datang kat rumah duk bercerita pasal itu ini…dan entah macamne saya terdengar yang mak bercerita dekat kawan dia pasal sakit lenguh saya ni..saya pon biarkan je la..tak elok menyampuk orang tua duk bercakap ni…malam tu, mak masuk bilik dan bagitahu kawan mak yang datang petang tadi cadangkan untuk dapatkan rawatan di bioptron. Jadi, hujung minggu ni, kami akan pergi ke bioptron di semenyih untuk jumpa pakar kat sana bagi rawat sakit lenguh saya ni sebagai ikhtiar cara moden.
.
.
Setibanya kami di bioptron, waktu tu dalam jam 10.30 pagi kami disambut dengan ceria dan ramah oleh pakar disana…dilayan seperti tetamu dan rasa tenang je perasaan bila masuk kt dalam biptron ni…rasa macam dalam rumah sendiri…saya buat sesi pendaftaran, buat checkup dengan doktor pakar sekejap…dan dia minta saya untuk tunggu sebentar di luar bersama mak. kemudian doktor pakar tersebut datang pada kami dan terangkan serba sedikit berkaitan prosedur rawatan pada kami.
.
.
“Nasib baik, puan bawa anak puan ke sini dengan cepat. Sakit-sakit lenguh sendi ni kalau tak dirawat dengan cepat, boleh menyebabkan terjadinya Osteoarthritis dimana akan terdapat kemusnahan pada rawan yang menyelaputi sendi-sendi dan usaha untuk ubatinya menjadi sukar. Jadi, kami menggunakan kaedah fisioterapi menggunakan cahaya bioptron tanpa radiasi sebagai rawatan alternative dimana cahaya bioptron ini akan dipancarkan ke kawasan yang sakit bagi menghilangkan rasa sakit dan keradangan urat saraf serta melancarkan laluan saraf dan melegakan reseptor kesakitan.”
.

.
Tanpa berfikir panjang saya dan mak terus bersetuju untuk membuat rawatan dengan segera pada hari tu juga. Semasa sesi rawatan dilakukan, doktor pakar begitu teliti dan sangat lembut cara layanannya. Setelah lampu bioptron dipancarkan ke bahagian yang lenguh dan sakit, saya tak merasakan sakit dan rasa suam-suam kuku je tapi sangat selesa. kini, saya melakukan rawatan tersebut 3 kali berturut-turut untuk setiap minggu dan alhamdulillah pergerakan saya sekarang dah tak terbatas macam dulu lagi dan sendi-sendi dah tak sakit. Saya bersyukur akhirnya saya dah boleh keluar enjoy dengan kawan dan hiking! Terima kasih pada doktor pakar bioptron dan juga kawan mak sebab cadangkan tempat terapi tersebut.
.
.
Begitulah al-kisah pesakit kami. Sebarang info anda boleh refer pada link di bawah ni J

.
.
TERIMA KASIH  :)
P/S: Share jika bermanfaat ya 
😊

Catatan popular daripada blog ini

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dikataka

BIOPTRON THERAPY

Terapi Cahaya BIOPTRON boleh digunakan sebagai rawatan pelengkap untuk menyokong kaedah perubatan konvensional dan sebagai monoterapi tanda-tanda tertentu. BIOPTRON boleh membantu: 1. Mempercepat penyembuhan luka 2. Melegakan kesakitan dan mengurangkan keamatan yang 3. Dalam gangguan dermatologi dan masalah kulit 4. Dalam pediatrik 5. Dalam Kecelaruan Afektif Bermusim (SAD) Ciri-ciri yang Cahaya BIOPTRON membolehkan cahaya untuk menembusi bukan sahaja kulit tetapi juga tisu pendasar. Oleh itu, kesan positif Cahaya BIOPTRON tidak terhad kepada kawasan kulit yang dirawat.BIOPTRON Light mempunyai Kesan biostimulative: apabila digunakan pada kulit, ia merangsang cahaya sensitif struktur intraselular dan molekul. Ini memulakan tindak balas rantai selular dan mencetuskan tindak balas yang dipanggil menengah, yang tidak hanya terhad kepada kawasan kulit yang dirawat. Lihat nr rujukan. 1, 3 dan 5.BIOPTRON Terapi Cahaya merangsang dan memoduletkan proses memperbaiki dan

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

  SETELAH 5 TAHUN GEMUK SEKARANG  LANGSING JELITA DENGAN RAWATAN DI  POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH PROGRAM SLIMMING adalah merupakan satu program penurunan berat badan berkesan yang diformulasikan oleh Dr Rushmini Maris Ismail. Program ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti degil atau Resistance Obesiti. APAKAH YANG DI MAKSUDKAN RESISTANCE OBESITI? Resistance obesiti berlaku pada mereka yang telah berdiet secara mengurangkan makan dan bersenam melebihi 2 tahun tetapi tetap gagal menurunkan berat badan mereka. Lihat bagaimana formula unik kami memberikan kesan menakjubkan hanya dalam 14 hari. LIHAT VIDEO FARAH DI BAWAH Nama saya Farah berumur 28 tahun, berkerja sebagai Kerani di Syarikat Honda. Saya merupakan ibu kepada 3 orang anak.Berat badan saya naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga. Orang sekeliling menyangka saya hamil kerana perut saya sangat buncit . Pada masa tu saya rasa down gila. Bayangkan anak ketiga saya baru saja 3 bulan. saya rasa malu nak berhad