Langkau ke kandungan utama

BUASIR




Buasir adalah salur darah yang membonjol dan membesar pada dan sekitar bahagian rektum atau dubur. Buasir boleh terjadi di bahagian dalaman atau luaran bergantung kepada rongga dubur. Ia dikenali sebagai intero-eksterna apabila kedua-duanya adalah hadir. Buasir luaran diselaputi oleh kulit manakala buasir dalaman diselaputi oleh membran lendir.






Punca

Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salur darah vena.

Faktor Risiko

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

  •  Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
  •  Mengandung
  •  Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan 
  •  Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat 
buasir.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

  •  Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
  •  Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
  •  Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
  •  Sakit

Rawatan

  •  Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
  •  Pelincir disapu pada kawasan dubur.
  • Pengecut salur darah – ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah, terutamanya buasir yang telah membengkak.
  • Astringen – menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
  • perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
  • Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah 
biasanya melalui pembedahan.

Jika Anda Ada Buasir

  •  Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
  •  Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
  •  Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur - sayuran dan buah-buahan.
  •  Minum banyak air.
  •  Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
  •  Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.

Kebersihan Peribadi

  •  Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
  •  Cuci dengan memancurkan air suam.
  •  Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran mukus yang lembut.
  •  Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
  •  Ambil mandian “sitz” (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air 
garam (saline).

Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor

  •  Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
  •  Pendarahan yang teruk dan berterusan.
  •  Sakit yang teruk dan tajam semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran kekoyakkkan atau fisur dubur)
  •  Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
  •  Pelelehan najis atau lendir

Catatan popular daripada blog ini

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...

PEMAKANAN SIHAT

  PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI! Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.                          “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat                     KEBAIKAN PEMAKANAN SEIMBANG 1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna. Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendap...