Langkau ke kandungan utama

DEMAM ALERGI



Hay-fever adalah nama umum bagi demam alergi. Penyedutan debunga sesetengah rumput-rampai dan pokok yang wujud dalam musim tertentu biasanya mencetuskan keadaan ini. Namun begitu, terdapat juga rinitis alergi yang terjadi sepanjang tahun, tanpa mengira musim, jenis rinitis alergi ini adalah disebabkan oleh kutu rumah atau haiwan.

Apabila debunga atau bahan pencetus alergi menyentuhi lapisan mukosa pada hidung, mukosa menjadi bengkak serta radang dan dengan ini penghasilan rembesan bertambah. Biasanya dalam hayfever bermusim, keadaan akan lenyap dalam tempoh dua atau tiga minggu kecuali terdapatnya jangkitan sekunder. Walau bagaimanapun, rinitis alergi yang berlaku sepanjang tahun yang disebabkan oleh kehadiran antigen, iaitu kutu haiwan atau rumah, boleh berulang dan menyebabkan komplikasi seperti ketumbuhan dalam hidung serta sinusitis.

Gejala-gejala

Gejala yang umum termasuklah:
  •  Rembesan hidung yang cair dan jernih 
  •  Hidung tersumbat yang mengakibatkan kesusahan pernafasan 
  •  Bersin 
  •  Mata yang merah dan berair 
  •  Perasaan gatal pada hidung dan mata 
  •  Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor jika terdapat 
  •  demam 
  •  kesakitan pada telinga 
  •  pembengkakan kelenjar pada leher 
  •  rembesan hidung dan mata yang berwarna kekuning-kuningan 
  •  tanda alergi yang berterusan lebih daripada musim berkenaan kerana doktor boleh 
membantu anda untuk mengenalpasti bahan pencetus alergi 


Pengurusan Kendiri

  • Meminimumkan pendedahan, khasnya rinitis alergi bermusim, ketika jumlah debunga yang
  • terapung-apung dalam udara adalah maksimum 
  • Jika boleh, berada dalam keadaan yang berhawa dingin 
  • Bagi mata yang gatal dan merah, gunakan ubat titis mata dekongestan/antihistamin 
  • Bagi hidung berhingus, gunakan ubat titis hidung dekongestan untuk sehari dan minta ubat dekongestan daripada ahli farmasi 
  • Pakai cermin mata gelap pada hari yang cerah 
  • Senaman boleh membantu melegakan hidung, misalnya berenang di kolam renang dalam 
  • bangunan atau bersenam di gimnasium yang berhawa dingin 
  • Mempunyai tidur yang mencukupi kerana gejala boleh bertambah teruk jika anda letih 
  • Baca dan ikut arahan pengambilan ubat 


Amalan Baru

  • Elakkan tempat yang berhabuk 
  • Tutup hidung anda sebelum melakukan kerja pembersihan. Gunakan pembersih vakum dan bukannya penyapu untuk membersihkan debu 
  • Berunding dengan doktor atau ahli farmasi mengenai jenis ubat/semburan yang boleh anda guna untuk mencegah serangan atau mengurangkan tanda biasa. Contohnya gunakan
  • ubat semburan disodium cramoglycate sebelum ketibaan musim. 
  • Baca ramuan ubat dengan tiliti. Buangkan ubat yang lama. 
  • Jika boleh, elakkan bahan pencetus alergi, misalnya elakkan mempunyai binatang 
  • peliharaan dalam rumah 
  • Elakkan perkhemahan atau aktiviti di luar bangunan ketika musim hayfever 
  • Elakkan merokok dan keadaan yang berasap

Jika anda ragu-ragu atau jika gejala berkekalan, berunding dengan doktor.

Catatan popular daripada blog ini

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

PEMAKANAN SIHAT

  PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI! Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.                          “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat                     KEBAIKAN PEMAKANAN SEIMBANG 1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna. Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendap...