Langkau ke kandungan utama

KEMERAHAN MATA


KEMERAHAN MATA

Mata menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan  yang menyelaputi bahagian putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak lagi darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah.

Keadaan-keadaan Umum

v Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk, tembakau,
    klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari atau
    menggosok.
 Gejala-gejala - gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa seperti
    terdapat pasir.

v Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik, bulu
    dari haiwan peliharaaan dll.  Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula
    mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam pada
    kulit. 

v Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah disebabkan
    oleh jangkitan bakteria atau virus.  Mata terlekat bersama, terutamanya apabila bangun
    dari tidur di awal pagi. Terdapat nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis jenis ini
    boleh merebak kepada ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain.  

v Mata yang kering. Ini disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang mencukupi. Ia lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat
    tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.


Penting

Oleh kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata yang serius, runding dengan seorang doktor jika mana-mana keadaan yang biasa berlanjutan melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala berikut :-
v Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia).
v Pandangan yang kabur.
v Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh     bahagian putih pada mata.
v Sakit .
v Pengeluaran nanah. 

Pengendalian kendiri mata merah yang mudah

v Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang.
v Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi (runding
    dengan pegawai farmasi anda).

v Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan ubat titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan doktor anda.

Pengguanan ubat-ubat mata

v Bersihkan mata.
v Basuh tangan.
v Dongakkan kepala ke belakang.
v Tarik kelopak mata ke bawah.
v Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm. Jangan
    biarkan bekas menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata.

v Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit.
v Basuh tangan semula.

Tabiat-tabiat untuk diikuti

v Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor.
v Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang.
v Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat kerja.
v Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan.
v Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan cecair dan salap yang telahpun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya oleh
    pegawai farmasi anda.


Elakkan

v Menggosok mata anda.
v Merokok dan bilik yang berisi asap.
v Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain.
v Pengambilan minuman beralkohol yang melampau
v Mengabaikan gejala-gejala yang serius.
Jaga diri anda dan penglihatan anda.

Catatan popular daripada blog ini

ISTERIKU PENGIDAP DIABETES

"Tolong jangan potong kaki isteri saya, Doktor. Beri saya masa lagi untuk berfikir.." ************************************************************************************************* Luka ibarat satu ‘sumpahan’ dan perlu dielakkan dalam kalangan pesakit diabetes. Jika lewat disedari, walaupun kecederaan yang dialami sekecil luka melepuh, ia boleh membawa ke jangkitan yang lebih serius dan meningkatkan risiko kaki terpaksa dipotong. Klinik Penawar Semenyih ada menyediakan rawatan Biptron Light yang mana kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia. Ia berfungsi untuk mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria yang membuatkan luka menjadi bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan penghasilan granulation tissue yang menghasilkan salur darah yang baru. Berikut adalah cerita pengalaman pesakit saya yang telah menjalani rawatan Bioptron di Klinik Penawar Semenyih. . . Puan Sarah yang merupakan se...

HIT FIBER - MEMBANTU MELAWAN MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

HIT FIBRE HENTAM LEMAK KAW-KAW! [TAHU TAHU JER SAYA DAH KURANG BEBERAPA KG DENGAN MARISSA HIT FIBRE] Memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat. PROSES PEMBAKARAN LEMAK MELALUI HIT FIBRE Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan. KANDUNGAN HITFIBRE Buah Pic (Peach) Buah Lemon Garcinia Cambogia Teh Hijau Aloe Vera Gluco Fibre MENGHALANG PENYERAPAN KARBOHIDRAT OLEH TUBUH Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gul...

BIOPTRON LIGHT THERAPY

RAWAT LUKA KENCING MANIS, DIABETES DENGAN RAWATAN CAHAYA BIOPTRON ANDA TELAH MENCUBA PELBAGAI CARA BAGI MENYEMBUHKAN LUKA KENCING MANIS, DIABETES DAN LUKA LAIN TETAPI TIDAK BERHASIL? TAHNIAH! ANDA TELAH MENJUMPAI RAWATAN TERBAIK UNTUK ATASI MASALAH ANDA. BIOPTRON CENTRE PASTI AKAN MEMBANTU ANDA DAN  RAMAI ORANG YANG KAMI BANTU TELAH PUN BERJAYA PULIH . JIKA ANDA INGINKAN PERUBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG. Mari kita baca serba sedikit tentang Bioptron ni... Di Poliklinik Penawar Semenyih, kami menyediakan rawatan Bioptron Light Therapy. Rawatan ini menggunakan kaedah cahaya bagi penyembuhan luka, mengatasi masalah saraf dan masalah kulit. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan merangsang semula salur darah yang bermasalah. Perkara ini akan melancarkan aliran darah pada salur darah. Jadi, proses penyembuhan lebih cepat berlaku serta masalah kebas juga dapat diatasi apabila darah mengalir dengan lancar. Boleh dika...